CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 604|Reply: 3

Najib, AmBank Tak Pernah Rujuk Surat Derma Arab Kepada BNM - Zeti

[Copy link]
Post time 27-7-2023 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ketika membacakan pernyataan saksinya mendedahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan AmBank tidak pernah merujuk tiga keping surat berhubung derma Arab AS$100 juta kepada Bank Negara Malaysia (BNM).


Sebaliknya surat-surat itu hanya ditemukan sewaktu serbuan BNM di bank berkenaan pada 6 Julai 2015.




ZETI Akhtar Aziz tiba di mahkamah bagi memberi keterangan dalam perbicaraan penyelewengan dana 1MDB melibatkan Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI





“Antara dokumen yang dirampas ialah tiga lagi keping surat daripada Saud Abdulaziz Majid Al Saud yang dialamatkan kepada Datuk Seri Najib Razak bertarikh 1 November 2011, 1 Mac 2013 dan 1 Jun 2014. Surat-surat ini tidak pernah dirujuk kepada BNM.


“AmBank dan Datuk Seri Najib tidak pernah merujuk surat-surat (derma Arab) ini kepada BNM. Selain itu, dua keping surat yang kononnya dihantar kepada BNM oleh Pengarah Urusan Kumpulan AmBank, Ashok Ramamurthy juga ditemukan dalam serbuan itu.


“Tiada rekod yang menunjukkan surat-surat bertarikh 21 September 2012 dan 30 April 2013 telah dihantar oleh AmBank atau diterima oleh BNM. Fakta ini juga disahkan melalui interaksi di antara Abd. Rahman Abu Bakar dari BNM dan Tan Sri Azman Hashim daripada AmBank,” kata Zeti ketika membaca pernyataan itu dalam Bahasa Inggeris.


Surat oleh Ashok tersebut adalah berkenaan pembukaan tiga akaun Najib di AmBank.


Zeti menjelaskan, BNM hanya mengetahui mengenai tiga akaun tersebut kira-kira setahun enam bulan kemudian.


Terdahulu, bekas Gabenor wanita pertama BNM itu memaklumkan, pada 28 Januari 2011, bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank, Cheah Tek Kuang pernah bertemunya dan memaklumkan bahawa Najib akan membuka akaun dengan AmIslamic Bank dan akaun terbabit akan ditujuk menggunakan kod khas dalam Sistem Pengurusan Ringgit Malaysia (ROMS).


Tiada perbincangan lanjut dilakukan berhubung perkara tersebut dan pertemuan dengan Tek Kuang juga adalah singkat.


“Tiada pada bila-bila masa, Tek Kuang memaklumkan bahawa terdapat derma akan dimasukkan ke dalam akaun tersebut,” kata Zeti.


Kira-kira enam minggu selepas itu, Tek Kuang telah menghantar surat kepada TImbalan Gabenor, Nor Shamsiah Mohd. Yunus yang turut menyertakan salinan surat daripada Saud Abdulaziz Majid Al Saud bertarikh 1 Februari 2011 yang dialamatkan kepada Najib.


“Bermula daripada surat Tek Kuang bertarikh 22 Mac 2011, tiada lagi maklumat berkait akaun Najib diberikan oleh AmBank. Tiada sebarang maklumat mengenai derma yang dimasukkan ke akaun Najib atau maklumat yang menyatakan dana tersebut adalah diragui atau tidak mengikut peraturan.


“Satu-satunya surat berkaitan akaun Najib adalah surat bertarikh 12 Disember 2014 daripada AmBank melalui Ashok yang dialamatkan kepada Timbalan Gabenor, Nor Shamsiah Mohd. Yunus yang mendedahkan tiga akaun bernombor 2112022011880, 2112022011898, 2112022011906 dan terdapat 10 transaksi deposit membabitkan kira-kira RM4.3 juta,” katanya.


Dalam prosiding sama, Zeti menjelaskan, BNM tidak menjalankan pemantauan terhadap mana-mana akaun peribadi.


Tambahnya, tugas pemantauan itu perlu dilakukan oleh bank-bank komersial sebagai salah satu proses ketekunan wajar (due diligence) yang diperlukan dalam mematuhi dalam peruntukan undang-undang.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2023 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Xlogik dia xtau
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak hujah2 zeti hanya nak selamatkan diri jah..

BNM cuma bergantung pada laporan dari bank2 komersil ke? Kalau bank2 komersil tu tipu, BNM tak dapat buat ape2 ke?

Pegawai ambank tu sendiri ngaku jho low bagi arahan jangan maklumkan siapa2 pasal wang yang masuk dalam akaun najib tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yang cakap Taik terjulur-julur sukar dikesan di luar negara kerana muka sudah jadi beruang, berjalan macam tembadau dan seladang



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.045965 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list