View: 2214|Reply: 16
|
Anwar Bangga Tiada Menteri Terlibat Kes Rasuah Sepanjang 8 Bulan Kerajaan Perpaduan Terbentuk
[Copy link]
|
|
Tiada satu pun kes termasuk berkaitan rasuah melibatkan mana-mana menteri selama lapan bulan Kerajaan Perpaduan memegang tampuk pentadbiran negara .
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, perkara tersebut merupakan satu rekod dan beliau berterima kasih kepada semua menteri terbabit serta kepemimpinan parti-parti yang telah membentuk kerajaan Persekutuan ketika ini.
“Kita pecah rekod, inilah kali pertama dalam lapan bulan bila saya tanya SPRM, LHDN, Bank Negara, jenayah komersial, tidak satu kes yang melibatkan mana-mana menteri dalam kerajaan, saya terima kasih kepada kepemimpinan,” katanya.
FB
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata demikian sewaktu berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan di sini malam tadi.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mempersoalkan pemimpin-pemimpin dari Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini mencerca Ahmad Zahid dan mengait serta melabel Presiden UMNO itu sebagai pemimpin ‘kluster mahkamah’ ketika mereka kini turut berdepan banyak tuduhan di mahkamah.
“Tetapi sekarang ini dia (PN) lagi banyak kluster mahkamah ini dan kalau keadaan seperti yang berlaku sekarang curi sana curi sini, curi tanah curi balak, curi rare earth, lebih ramai kluster mahkamah dari PN,” katanya.
Beliau yang juga Presiden PKR dalam pada itu juga menambah, tiada seorang mana-mana Menteri dalam kerajaan hari ini juga menjual hak Melayu dan Islam di negara ini seperti yang sering didakwa pembangkang.
“Saya nak sebut lapan bulan kita dimana kita jual, hak Melayu mana kita jual? Lapan bulan kita perintah di mana kita khianati Islam malah peruntukan tambah. Saya tanya di Parlimen mana dia (kami) khianat, mereka tidak jawab.
“Saya syukur alhamdulillah kerana kekuatan kita Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kerana menghidupkan semula semangat asal, kita akan pertahankan idealisme bapa-bapa kemerdekaan negara kita,” katanya lagi.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Highflyer19 at 28-7-2023 10:23 AM
SPRM diminta dakwa segera kes rasuah membabitkan Sivakumar
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta mendedahkan segera hasil siasatan berhubung isu rasuah bernilai RM97 juta membabitkan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan pegawainya.
Ahli Jawatankuasa Bersatu Bersekutu Malaysia, K. Vasantha berkata, kes itu sudah tiga bulan berlalu, namun hingga kini tiada sebarang pendakwaan dilakukan biarpun siri siasatan, penahanan dan penggeledahan dilakukan.
Beliau berkata, pihaknya melihat SPRM tidak begitu komited untuk melihat kes rasuah ini terutama membabitkan kenamaan dan pegawai dalam kerajaan.
“Kes itu sudah berlalu sejak 90 hari lalu, namunsehingga sekarang belum ada pendakwaan dilakukan terhadap Sivakumar dan pegawainya.
“Jika ada bukti kukuh daripada hasil siasatan kes itu maka, pendakwaan harus dilakukan segera,” katanya ketika ditemui selepas menghantar memorandum kepada SPRM di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.
Katanya, pihaknya melihat dua modul berbeza pendakwaan dimana SPRM lebih pantas dalam kes berkaitan Jana Wibawa berbanding kes melibatkan Sivakumar. – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
HAHAHAHAHA....
sembang kencing merata2..... |
|
|
|
|
|
|
|
Buka mulut jer bohong
Buka mulut jer bohong
Semoga kapal madanon akan karam seperti titanic bulan ogos nanti |
|
|
|
|
|
|
|
ment keliang tu apa???
ment tu pun ada kes lain apa dia?? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sokong sangat benda ni perlu diratib hari2 biar masuk dalam otak memasing.
Lebih afdhol lepas sholat include sekali dalam zikir 'Aku benci rasuah' 33x
|
|
|
|
|
|
|
|
47 pertuduhan, rm 97 sumber manusiawi tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 28-7-2023 10:31 AM
Aku sokong sangat benda ni perlu diratib hari2 biar masuk dalam otak memasing.
Lebih afdhol lepas s ...
jgn camtu abang..wa mau meniaga olang buka kongkek spa manyak susah lor kalau tak lasuah...-tauke jual olang |
|
|
|
|
|
|
|
Malanon
Menteri ada pertuduhan berpuluh puluh kes
rasuah mcm mane tak ingat |
|
|
|
|
|
|
|
skrg semua menteri dok pakat masuk kroni depa dalam semua hal kat kementerian nu.. sama je depa ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berbual tak beragak melanon ni..macam la rakyat buta hati sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan (mode baru habis kelas mengaji) |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha..ni lawak antarabangsa ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|