View: 1730|Reply: 0
|
[Terengganu]
Baju vest hadiah terakhir untuk bapa
[Copy link]
|
|
Kuala Berang: Seorang bapa tidak menyangka pemberian baju vest oleh anaknya adalah hadiah terakhir selepas lelaki itu disyaki lemas dalam kejadian pelanggaran dua bot pelancong di Sungai Pertang, Tasik Kenyir pagi semalam.
Draman Run Rahim, 66, berkata, anaknya, Mohd Faisal, 42, yang bekerja sebagai pemandu bot pelancong di Tasik Kenyir pulang ke rumahnya di Kampung Pasir Dula pada Khamis lalu dan menghadiahkan baju itu.
Menurutnya, pemberian dari anak sulung dari tujuh beradik menimbulkan tanda tanya kerana tidak tahu apa kegunaan baju itu.
"Selepas beri baju itu, Faisal sempat bermain dengan adik-adiknya sebelum pergi ke tempat kerjanya.
"Dia pulang sekali lagi pada sebelah malam dan makan apa yang saya masak memandangkan ibunya (Halijah Mat Kassim, 64) kini terlantar kerana penyakit angin ahmar.
"Faisal ada beritahu mahu makan nasi dengan lauk ikan dan budu sebelum dia pergi semula ke tempat kerja.
"Sudah lebih 10 tahun dia bekerja sebagai pemandu bot pelancong itu," katanya ketika ditemui hari ini.
Draman Tun Rahim menunjukkan gambar anaknya yang disyaki lemas di Sungai Pertang pagi semalam. FOTO NAZDY HARUN
Draman berkata dia mengetahui kejadian menimpa Faisal pagi semalam selepas dimaklumkan anak yang mengetahuinya daripada rakan setugas.
"Saya harap anak dapat ditemui segera. Anak lain sudah ke lokasi untuk mengikuti perkembangan pencarian Faisal.
"Saya sendiri turut melakukan solat hajat sebagai ikhtiar memohon kehadrat Ilahi supaya anak saya segera ditemui.
"Lokasi kejadian membataskan saya untuk pergi memandangkan perlu menjaga isteri," katanya.
Mohd Faisal dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot dinaikinya bersama seorang rakan selepas berlanggar dengan bot membawa tujuh pelancong ke Santuari Kelah pada jam 11.05 pagi semalam.
Sementara itu, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa dikhuatiri lemas itu masih belum menemui sebarang petunjuk.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang, Hanaffi Mohamad, berkata pihaknya percaya mangsa masih berada di sekitar lokasi kejadian.
Katanya, pokok lama yang banyak terdapat di kawasan tasik antara halangan yang terpaksa ditempuh sekaligus menyukarkan pencarian di dasar.
"Kedalaman air sedalam 20 meter di lokasi kejadian turut menyebabkan jarak penglihatan terhad.
"Selepas 30 jam operasi, Pasukan Penyelamat DiAir (PPDA) bersama penyelam Angkatan Pertahanan Awam (APM) sudah melakukan sebanyak enam selaman dan masih belum menemui sebarang petunjuk.
"Operasi SAR akan dihentikan sekitar jam 6 petang nanti dan akan disambung semula pagi esok," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Hanaffi berkata, operasi SAR akan menggunakan Khidmat K9 yang akan tiba dari Putrajaya, esok.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... terakhir-untuk-bapa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|