CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 741|Reply: 0

[Pahang] Gadis OKU kecewa impian ke menara gading 'terpadam'...

[Copy link]
Post time 31-7-2023 05:07 PM | Show all posts |Read mode

Remaja Kelainan Upaya, Nurul Hasrina Adnan menunjukan sijil peperiksaan dan surat tawaran temuduga ke universiti. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Kuantan: "Hati saya hancur apabila impian untuk melangkah ke menara gading seolah-olah dipersenda hanya kerana berstatus orang kurang upaya (OKU) tanpa kaki kanan," kata Nurul Hasrina Adnan, 22.

Nurul Hasrina dari Taman Seri Mahkota, di sini, berkata keadaan dirinya yang kudung kaki kanan paras peha berlaku apabila kakinya digilis selepas terbabit dalam kemalangan dengan lori tanah pada 2016.

Menurutnya, walaupun bergelar insan istimewa, impian bergelar seorang pendidik tidak pernah luntur dalam dirinya.

Katanya, dengan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022, dia memohon untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di sebuah universiti awam.

"Permohonan saya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang bimbingan dan kaunseling diterima sebelum menjalani sesi temuduga di universiti berkenaan pada Rabu lalu.

"Tawaran yang diterima daripada universiti terkemuka berkenaan bagai hadiah paling berharga dalam hidup saya yang begitu bercita-cita untuk bergelar mahasiswi, suatu hari nanti.

"Langkah perlahan penuh berhati-hati saya ke bilik temuduga bertemankan kaki palsu dan tongkat seperti tidak dihargai apabila dua panel penemuduga seolah tidak berminat sejak awal lagi," katanya, di sini semalam.

Menurutnya, sepanjang sesi temuduga kira-kira 15 minit, dua panel terbabit lebih banyak bertanya punca menyebabkan dia hidup tanpa kaki kanan.

Katanya, mereka seperti memperkecilkan dirinya dan tidak berminat untuk menerima pelajar cacat belajar di universiti berkenaan.

"Saya amat kecewa dan sedih apabila panel penemuduga itu seolah mempertikaikan bagaimana dia yang cacat boleh dipanggil untuk mengikuti sesi temuduga berkenaan.

"Yang menjadi persoalan saya ialah dalam surat permohonan sudah dinyatakan saya mengalami cacat kaki, jika universiti berkenaan tidak berminat dengan pelajar cacat, kenapa masih memanggil saya untuk sesi temuduga.

"Dari jauh (Kuantan) saya datang semata-mata untuk mencuba nasib kerana yakin berpeluang untuk diterima belajar di universiti berkenaan terbuka luas," katanya.

Katanya, walaupun tidak dapat ke sekolah beberapa tahun ketika menerima rawatan dan menjalani 17 pembedahan, dia tetap menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STPM untuk menjadi insan berjaya.

"Saya ingin berdikari tanpa bergantung sepenuhnya pada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) demi mengubah kehidupan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak Dr Harmi Taazim Mohamad berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan individu terbabit.

Menurutnya, perkara seumpama itu tidak tidak seharusnya berlaku kerana pihaknya memberi keutamaan kepada golongan OKU yang mahu melanjutkan pengajian mereka mengikut bidang pilihan masing-masing.

"Kita tidak pernah membezakan antara pelajar normal dengan mereka yang kurang upaya.

"Pelbagai kemudahan disediakan kepada pelajar di UIAM dalam memastikan mereka dapat belajar dalam keadaan selesa, selamat dan penuh ceria," katanya ketika dihubungi, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ara-gading-terpadam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.129009 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list