CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1692|Reply: 0

[Terengganu] Doa 'dibutakan' lambang calon lain keterlaluan

[Copy link]
Post time 31-7-2023 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman menganggap doa 'dibutakan' lambang calon lain adalah keterlaluan.

Katanya, doa itu disifatkan agak keterlaluan dan membuktikan penyokong Pas tidak mengendahkan pesanan pimpinan tertinggi parti itu.

"Sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun, pimpinan parti itu mendoakan perkara yang baik dan menasihatkan agar berkempen dengan penuh kesantunan.

"Kita terkilan apabila seorang penyokong Pas memohon doa supaya 'dibutakan' lambang parti lain," katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di Pasar Kedai Payang, di sini, semalam.

Turut hadir, calon Parlimen Kuala Terengganu, Azan Ismail dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Armi Irzan Mohd.

Pada Sabtu lalu, penyokong Pas sebelum berarak mengiringi calon parti itu, Khazan Che Mat ke pusat penamaan calon, berdoa supaya lambang calon lawan 'dibutakan' dan mengundi calon Pas.

Video berdurasi 22 saat itu tular di laman sosial dan mendapat reaksi kurang senang pelbagai pihak.

Lebih mengejutkan, doa itu turut diaminkan Khazan yang juga bekas Exco Agama ketika bersama kerajaan BN pada 2018.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif yang juga calon Barisan Nasional (BN) DUN Seberang Takir berkata, sepatutnya semua parti berkempen dengan penuh kesantunan.

Katanya, semua pemimpin parti politik yang bertanding pada PRN mendoakan kesejahteraan kepada rakyat dan minta dijauhi daripada sebarang bencana.

Ketika ditanya adakah BN akan membuat laporan kepada polis, Ahmad Razif berkata, pengundi akan membuat penilaian dan diterjemahkan pada hari mengundi, 12 Ogos ini.


Dr Ahmad Razif Abd Rahman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.052247 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list