View: 5767|Reply: 2
|
[Tempatan]
Doktor Samhan Dedah Sebab Kenapa Suami Suka Bau Ketiak Isteri.Apa yang penting, jangan pula korang malas mandi ekoran menyangka pasangan suka bau busuk badan anda !
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 5-8-2023 12:54 AM
seorang doktor baru-baru ini berkongsi sebab dan alasan mengapa suami gemar mencium ketika isteri.
Ikutilah perkongsian dari Doktor Samhan (@DoktorSamhan) berkenaan persoalan mengapa suami suka bau ketiak isteri.
”Kenapa suami suka bau ketiak isteri?”, adalah persoalan yang menjadi pertanyaan banyak pihak.
Bagaimanapun menurut Doktor Samham, situasi berkenaan bukanlah berlaku dalam situasi suami kepada isteri, sebaliknya isteri juga turut menyukai bau suaminya sendiri.
Dalam bahasa mudahnya, suami atau lelaki tertarik dengan bau isteri atau wanita dan isteri atau wanita turut tertarik kepada bau suami atau lelaki.
”Dari segi saintifik, ia dikenali dengan istilah feromon (pheromone) iaitu isyarat kimia yang dihasilkan dan dirembeskan oleh tubuh badan masing-masing bagi menarik lantas memikat individu berbeza jantina.
”Turut terhasil di dalam kelenjar peluh, ‘bau’ yang mungkin menggoda jantina lawan ini akan dapat terkesan oleh organ vomeronasal di sekitar lubang nasal, sekali gus mampu memberi isyarat daya tarikan,” katanya.
Menjawab persoalan kenapa suami suka bau, lebih-lebih lagi pada ketiak isteri, ia harus dijawab dengan faktor keterbiasaan. Ia mungkin berlaku kerana si suami sudah cam, kenal dan selesa dengan bau pasangannya.
”Tidak hanya itu, pengkaji juga mendapati bahawa bau ketiak individu itu mampu menenangkan pasangan. Maka, tidak hairan jika suami itu sangat gemar bau ketiak isteri terutama di saat sedang tertekan.
Kesimpulannya, bau badan suami dan isteri mungkin akan dapat membantu untuk menggoda pasangan masing-masing, walaupun hakikatnya feromon adalah puncanya.
”Apa yang lebih penting, jangan pula kalian malas mandi ekoran menyangka pasangan suka bau busuk badan anda ya,” katanya lagi.
Sumber: Dr Samhan via Twitter
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bau ketiak bacin + dengan rumah bersepah memang boleh bikin suami terus masuk bilik dan cium ketiak kau terus.
Jimat belanja dapur kalau masak nasi goreng kampung guna perencah ketiak tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|