View: 2124|Reply: 5
|
[Politik]
Hukum keluar mengundi wajib, tak boleh ditangguh - Abdul Hadi
[Copy link]
|
|
Hukum keluar mengundi wajib, tak boleh ditangguh - Abdul Hadi
Foto hiasan
KOTA BHARU: PAS mengingatkan semua pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada 12 Ogos nanti kerana hukum mengundi adalah wajib yang tidak boleh ditangguh.
Mengambil contoh kisah Nabi, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata Nabi sendiri sanggup menangguhkan ibadah umrah hanya kerana mahu merasmikan perjanjian Hudaibiah untuk mendapatkan kuasa politik dan selepas itulah baru menunaikan umrah.
"Hukum wajib ini ada dua perkara iaitu wajib yang boleh ditangguh dan tidak boleh ditangguh.
"Sebagai contoh isteri yang kematian suami perlu menjalani edah dan pada masa sama dia mempunyai wang untuk menunaikan haji. Jadi jalani edah dulu baru pergi haji. Ini dinamakan wajib yang boleh ditangguh.
"Wajib yang tidak boleh ditangguh pula seperti untuk mendapatkan kuasa politik, kena mengundi, kalau tidak kita akan kalah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Umum Pakat Pertahan Parlimen Ketereh, di sini, tengah malam tadi.
Abdul Hadi berucap ketika hadir padaCeramah Umum Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Padang Kala di sini, malam ini.- Foto NSTP STR/Nik Abdullah Nik Omar
Yang turut hadir, Setiausah Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berharap semua pengundi dapat menunaikan kewajipan mengundi bagi mempertahankan Islam.
"Kita sudah berjaya jadikan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sebagai kubu yang kita bina sekarang. Apa yang penting kita dapatian lagi Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dan kemudian Kerajaan Pusat Insya-Allah.
"Sebab itu tanggungjawab menegakkan politik orang Islam sangat besar yang mesti kita tunaikan," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... itangguh-abdul-hadi
|
|
|
|
|
|
|
|
Talk about pathetic.
Sad.....so sad.
Mujur pengikut ramai jahil murakkab |
|
|
|
|
|
|
|
Aku undi PN...
* dah sesapa x payah sibuk aku posting ttg undi ni...kalau ko x kisah x denya ko nk reply posting aku..
X de sapa kisah konon... |
|
|
|
|
|
|
|
"Kita sudah berjaya jadikan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sebagai kubu yang kita bina sekarang. Apa yang penting kita dapatian lagi Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dan kemudian Kerajaan Pusat Insya-Allah.
Selangor...? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 5-8-2023 11:09 AM
Amik la semua negeri satu malaysia ni termasuk sabah sarawak.
Nak tgk gak guaner pas memerintah malaysia.
Yelaaa selalu komplen cara org lain wat kije je kan,berdasarkan rekod2 lepas semua yg jd gomen nampak hauk di mata rakyat
Dari zaman BN sampai ke PN PH semua tak ok, ada je yg tak kena kan.
Mana tau dibawah PAS malaysia jd negara no syatu di mata dunia, lagi satu semua rakyat leh masuk syurga korang tanak ke weh.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|