|
PASANGAN suami isteri, Nik Mohd Zulmi, dan Nik Amirah dan anak, Nik Aishah Azzahra maut dalam kejadian pokok menghempap dua kenderaan di Kampung Bukit Cina, Kok Lanas. FOTO Ihsan pembaca
Kota Bharu: "Ya Allah, apa sahaja yang terbaik untukku, maka Engkau permudahkanlah segalanya."
Itu status WhatsApp terakhir Nik Amirah Nik Ab Rahman, 40, yang maut bersama suami, Nik Mohd Zulmi Ramli, 44, dan anak mereka, Nik Aishah Azzahra, 5, apabila kereta dinaiki mereka dihempap pokok, malam tadi.
Status itu dikongsi rakannya yang memuat naik di laman sosial Facebook selain mengucapkan takziah atas kejadian malang menimpa wanita itu dan keluarganya.
Adiknya, Nik Atikah, 35, berkata mangsa adalah kakak sulung daripada lapan beradik dan tinggal di belakang Sekolah Menengah (SMK) Kok Lanas, di sini.
Katanya, dua hari sebelum kejadian, kakaknya sibuk membersihkan rumah ibu mereka di Kampung Badak tanpa meminta bantuan adik-beradik lain.
"Dia memang penyayang, anak yang baik, cuma beberapa hari ini, dia asyik mengemas rumah mak.
"Kebetulan mak ke Kuala Lumpur atas urusan kematian saudara di sana, tapi kali ini dia bersih betul-betul rumah mak. Sepatutnya esok (hari ini) dia nak mengelap lantai pula, "katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Bukit Cina, Kok Lanas, di sini, malam tadi.
Katanya, kakaknya bekerja sebagai akauntan di Jabatan Audit Negara, Bandar Baru Tunjung, di sini, manakala abang iparnya bekerja di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Mas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, untuk bedah siasat.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Dalam kejadian 8.04 malam tadi, tiga beranak maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok selain turut menghempap sebuah kereta lain.
Kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat dan ribut semasa dua kenderaan itu dari arah Machang menuju ke Kota Bharu
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... terakhir-nik-amirah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|