View: 1854|Reply: 0
|
[Kelantan]
Keluarga mangsa maut dihempap pokok boleh fail saman
[Copy link]
|
|
Tiga beranak maut selepas kereta dinaiki dihempap pokok ketika melalui laluan di Jalan Machang-Kota Bharu dekat Kok Lanas di sini. - Foto ihsan pembaca
KOTA BHARU: Keluarga mangsa yang maut akibat dihempap pokok dalam kejadian ribut malam tadi, boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Peguam kanan, Muhammad Hasif Hasan, berkata ia berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu antara undang-undang yang membabitkan pengurusan PBT.
"Untuk kes berkenaan, keluarga mangsa boleh mengambil tindakan terhadap dua pihak iaitu PBT dan JKR.
"Ia membabitkan JKR sekiranya kedudukan pokok berkenaan berada dalam kawasan simpanan jalan jabatan berkenaan manakala tugas PBT adalah menyelia dan menyelenggara pokok supaya berkeadaan selamat dan tidak membahayakan orang ramai," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam kejadian jam 8.04 malam tadi, tiga beranak maut selepas kereta dinaiki dihempap pokok ketika melalui laluan di Jalan Machang-Kota Bharu dekat Kok Lanas di sini.
Kejadian berhampiran Kem Desa Pahlawan itu berlaku ketika kereta jenis Nissan Sentra dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari arah Machang ke Kota Bharu.
Mangsa yang maut adalah Nik Amirah Nik Ab Rahman, 40, suami, Nik Mohd Zulmi Ramli, 44, dan anak mereka, Nik Aishah Azzahra, 5.
Muhammad Hasif mengambil contoh kes hampir sama apabila seorang lelaki memfailkan saman terhadap Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2014.
Katanya, lelaki berkenaan memfailkan saman susulan kemalangan jalan raya pada 6 Oktober 2010 apabila sebatang pokok atau dahan jatuh menghempap mangsa ketika menunggang motosikal.
"Pada mulanya lelaki berkenaan memfailkan saman terhadap MPS sebagai defendan pertama, kemudian MPS memohon dimasukkan pengarah JKR Gombak sebagai defendan seterusnya.
"Mahkamah membenarkan JKR sebagai defendan kedua kerana pokok yang mendatangkan kecederaan kepada mangsa bukan di bawah tanggungjawab penyelenggaraan MPS, sebaliknya pihak lain (JKR)," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ok-boleh-fail-saman |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|