CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1630|Reply: 2

[Politik] Muhyiddin perlu dedah lokasi menantu kepada SPRM

[Copy link]
Post time 8-8-2023 08:17 AM | Show all posts |Read mode
Muhyiddin perlu dedah lokasi menantu kepada SPRM


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, merangkap Ketua Penerangan PKR berucap pada Majlis Ceramah Perdana Arus Merah Kuning DUN Meru, di Meru, hari ini.


KLANG: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran pekerja asing bagi sebuah kementerian oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa membabitkan menantunya.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil, berkata bekas Perdana Menteri itu tidak harus berdiam diri, sebaliknya perlu segera memberi penjelasan berhubung kes berkenaan dan memberitahu SPRM lokasi menantunya itu ketika ini.

"Tan Sri Muhyiddin kena jawab isu ini, beliau kena jawab dan saya cabar Tan Sri bantu SPRM cari menantunya untuk bantu siasatan," katanya ketika Ceramah Arus Merah Kuning sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Meru dekat sini, malam ini.

SPRM dilaporkan sedang mengesan dua individu iaitu Muhammad Adlan Berhan, 48, dan Mansoor Saat, 69, bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Menurut SPRM, semakan rekod oleh suruhanjaya itu juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lalu, dan setakat ini tiada rekod kedua-duanya telah kembali ke Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata, pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan membolehkan lebih banyak isu dan masalah rakyat dapat diselesaikan.

"Dalam konteks telekomunikasi misalnya, jika ada masalah, saya boleh terus bertindak mengatasinya dengan kerjasama pemain industri, landasan yang sama ini pastinya akan memberi lebih manfaat kepada rakyat," katanya.

Pengundian bagi PRN Selangor akan berlangsung serentak dengan Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini manakala esok adalah pengundian awal. – BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... menantu-kepada-sprm

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2023 08:44 AM | Show all posts
Mmmmmmmmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2024 11:53 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.053097 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list