View: 1754|Reply: 3
|
[Dunia]
Komuniti NZ bantah beri suaka
[Copy link]
|
|
Komuniti NZ bantah beri suaka
KOMUNITI Islam di New Zealand tidak senang dengan kewujudan ajaran SiHulk.
Kuala Lumpur: Komuniti Islam di New Zealand membantah pemberian perlindungan atau suaka bagi pengikut ajaran sesat, SiHulk yang menjadikan negara itu sebagai tempat untuk berlindung.
Difahamkan, bantahan itu sudah dihantar menerusi satu notis rasmi kepada kerajaan New Zealand, antara lain mendesak supaya kumpulan terbabit tidak diberikan perlindungan.
Pada masa sama, notis itu juga mendesak kerajaan New Zealand untuk membekukan akaun yang mempunyai hubung kait dengan kumpulan itu, tindakan pengharaman produk minuman keluaran mereka yang dijual di negara terbabit dan turut dilabel sebagai ancaman umat Islam kepada komuniti Islam di negara berkenaan.
Itu antara notis bantahan daripada komuniti Islam di negara berkenaan berhubung keberadaan pengikut ajaran sesat itu termasuk ketua mereka, Suhaini Mohamad, yang dipercayai tinggal di Rotorua, New Zealand.
Perkara itu didedahkan oleh sumber keselamatan yang memaklumkan bahawa komuniti Islam di negara berkenaan tidak senang dengan kewujudan mereka, terutamanya ajaran serta fahaman songsang yang dibawa.
"Mereka mahu kerajaan New Zealand mengambil tindakan segera sebelum fahaman itu menular dalam kalangan umat Islam di negara berkenaan.
"Kami juga difahamkan bahawa pengikut ajaran ini turut melaksanakan aktiviti perniagaan termasuk menjual beberapa produk, termasuk minuman," katanya, semalam.
Mufti New Zealand Sheikh Muhammad Amir ketika dihubungi Harian Metro berkata, pihaknya menyedari kewujudan kumpulan ajaran sesat itu di negara berkenaan dan langkah pemantauan sedang dilaksanakan.
"Pada masa sama, kita juga sedang menyebarkan maklumat kepada semua umat Islam di negara ini supaya menjauhi kumpulan terbabit dan tidak terpengaruh dengan dakyah songsang mereka.
"Untuk meletakkan kawalan atau mengambil tindakan terhadap kumpulan ini, kita tidak mempunyai kuasa kerana New Zealand adalah negara yang mengamalkan keterbukaan.
"Apa yang boleh kita lakukan adalah menyebarkan maklumat berhubung kumpulan terbabit supaya tidak ada umat Islam di negara ini yang terjebak dengan fahaman songsang mereka," katanya.
Sebelum ini, Metro Ahad melaporkan pengakuan ketua ajaran terbabit, Suhaini berhubung tafsirannya tentang dua kalimah syahadah yang jauh menyimpang daripada maksud sebenar.
Selain itu, akhbar ini juga melaporkan secara eksklusif terdapat kira-kira 150 pengikut kumpulan itu termasuk Suhaini, kini berada di New Zealand dan menjadikan negara itu sebagai 'negara pelindung' apabila gerak geri mereka mula dihidu pihak berkuasa di Malaysia.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... z-bantah-beri-suaka
|
|
|
|
|
|
|
|
Duk news Zealand, keje apa?
Klu dpt suaka ni .ada elaun sara hidup bulanan agaknya |
|
|
|
|
|
|
| |
|