CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1556|Reply: 0

[Pahang] Terjerat tawaran kerja, wanita rugi lebih RM100,000

[Copy link]
Post time 8-8-2023 11:12 AM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuantan: Wanita mendakwa kerugian RM118,767.49 selepas terpedaya dengan sindiket tawaran kerja sambilan yang menawarkan gaji tinggi secara dalam talian.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa yang berusia 22 tahun itu mendakwa ditawarkan pekerjaan oleh seorang wanita yang dikenalinya menerusi Instagram, pada 23 Julai lepas.

"Suspek dikatakan menawarkan mangsa untuk menyelesaikan satu tugasan dengan bayaran, selain turut memberikan nombor telefon untuk dihubungi, jika mangsa berjaya melakukan kerja itu.

"Mangsa yang menghubungi suspek kemudiannya ditawarkan pula tugasan melakukan tangkap layar barangan di pautan diberikan dengan dijanjikan keuntungan bagi setiap tangkap layar dibuat," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Yahaya berkata, mangsa yang bekerja di sebuah institusi pendidikan di sini, tertarik dengan "kerja" itu kerana menerima upah RM47 selepas menyelesaikan dua tugasan, menyebabkan dia terus menghubungi suspek untuk mendapatkan tugasan selanjutnya.

Suspek didakwa mengarahkan mangsa untuk membuat bayaran terlebih dahulu, dengan dia akhirnya membuat 20 transaksi pemindahan wang ke 11 akaun diberikan.

"Mangsa yang menggunakan wang simpanan bagi membuat bayaran itu turut meminjam daripada bank dan rakan sebelum menyedari dirinya ditipu apabila menyedari jumlah wang yang dikeluarkannya," katanya.

Yahaya berkata, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, petang semalam.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja melalui media sosial terutamanya yang menawarkan gaji lumayan bagi kerja mudah serta membuat semakan latar belakang syarikat terbabit.

Orang awam juga dinasihatkan membuat semakan nombor akaun diterima menerusi https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat transaksi pemindahan wang bagi mengelakkan ditipu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rugi-lebih-rm100000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.054779 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list