CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1408|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Lari macam pelesit!

[Copy link]
Post time 9-8-2023 09:48 AM | Show all posts |Read mode


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan merampas 9,000 liter diesel disyaki bersubsidi dianggarkan bernilai RM19,350 dipercayai diseleweng, dalam serbuan Ops Tiris di Taman Seremban Jaya, di sini malam tadi. Foto ihsan KPDN

Seremban: Seolah-olah dapat menghidu kehadiran pihak berkuasa dari jauh. Itu yang berlaku apabila ahli sindiket penyelewengan diesel subsidi sempat melarikan diri sejurus markas mereka di Taman Seremban Jaya di sini, diserbu malam tadi.
Dalam operasi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan jam 10 malam itu, suspek yang melakukan aktiviti memindahkan diesel subsidi didapati sudah melarikan diri.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, pihaknya merampas 9,000 liter diesel subsidi dianggarkan bernilai RM19,350 melalui operasi Ops Tiris itu.

Menurutnya, pihak KPDN turut menyita empat lori tangki dan 19 tangki menjadikan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM71,150.


"Serbuan Ops Tiris ini hasil risikan sejak dua minggu lalu. Semua lori tangki itu dipercayai sedang menunggu giliran untuk aktiviti pemindahan diesel.

"Bagaimanapun ketika serbuan dilakukan, ahli sindiket sempat melarikan diri. Kes itu kini disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terbabit dalam aktiviti itu," katanya.


Disiarkan pada: Ogos 8, 2023 @ 5:40pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.041263 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list