View: 1835|Reply: 0
|
[Johor]
Bapa naik angin, sebat anak perempuan dengan rotan lebih 10 kali
[Copy link]
|
|
AHMAD Zamry menunjukkan kecederaan dialami seorang wanita yang dirotan bapa. FOTO Ahmad Ismail
Segamat: Seorang wanita luka teruk dipukul bapanya menggunakan rotan di Kampung Melayu Raya, Segamat, dekat sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, polis menerima laporan daripada mangsa berusia 20 tahun pada jam 12.16 tengah malam tadi, memaklumkan mengalami luka selepas dipukul menggunakan rotan berukuran kecil.
Katanya, pihaknya segera menjalankan siasatan sebelum menahan bapa mangsa yang berusia 45 tahun di kediamannya jam 2.33 pagi tadi.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 11 pagi semalam ketika bapa mangsa juga penoreh getah dikatakan berada di rumah.
"Ketika kejadian mangsa berada di rumah sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak merotan mangsa lebih 10 sebatan di betis, peha dan siku menggunakan rotan.
"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera teruk," katanya ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini, hari ini.
Ahmad Zamry berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap anak perempuan sulungnya itu selepas mengikut saudara terdekatnya bekerja sebagai jurujual di Sungai Buloh tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dulu.
Beliau berkata, mangsa menerima rawatan di Hospital Daerah Segamat (HDS) berikutan kecederaan serius akibat sebatan bertalu-talu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 324/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dicederakan.
"Suspek yang memiliki beberapa rekod jenayah lampau berkaitan curi dan menyamar sebagai penjawat awam direman tiga hari bermula hari ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... rotan-lebih-10-kali |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|