CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1554|Reply: 0

[Terengganu] Pesan anak cucu terus sebarkan ilmu al-Quran

[Copy link]
Post time 9-8-2023 02:43 PM | Show all posts |Read mode

Mat Zin menunjukkan gambar arwah ibu angkatnya, Rogayah Sulong yang meninggal dunia pada jam 8.17 pagi tadi ketika ditemui dirumahnya, Kampung Durian Guling. FOTO GHAZALI KORI

Marang: "Pesanan arwah supaya terus sebarkan ilmu al-Quran seluas-luasnya," kata Mat Zin Ali, 62, anak angkat kepada bekas johan qariah tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan, Datuk Rogayah Sulong yang meninggal dunia hari ini.

Rogayah, 81, yang pernah dinobatkan johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 1974 dan 1978 itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 8.17 pagi ini akibat komplikasi penyakit kencing manis dan buah pinggang kronik.

Menurut Mat Zin, Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Megat Osman Chik yang meninggal dunia lebih 20 tahun lalu namun tidak dikurniakan cahaya mata dan mengambil tujuh anak angkat.

"Dua hari lalu, ibu dimasukkan ke hospital akibat komplikasi penyakit kencing manis sebelum disahkan mengalami penyakit buah pinggang kronik.

"Semalam, keadaan arwah dilihat semakin letih dan kurang bercakap dan jam 8.17 pagi hari ini, ibu disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumahnya ibu angkatnya itu di Kampung Durian Guling, dekat sini hari ini.

Menurutnya, Allahyarham yang mempunyai ribuan murid sering berpesan supaya menyebar ilmu al-Quran terutama dalam bidang tarannum.

Katanya, arwah terlantar sakit sejak dua tahun lalu dan anak-anak angkatnya mengambil tanggungjawab menjaga arwah setiap hari.

Mat Zin berkata, walaupun dalam keadaan uzur, arwah tetap bersemangat untuk mengalunkan bacaan al-Quran setiap kali selesai menunaikan solat.

Katanya, salah seorang anak angkat, Azrul Harun, 42, menghabiskan masa sepanjang hari menjaga dan menguruskan Allahyarham hingga ke akhir hayat.

"Ketika hayat, arwah menggunakan dua kaedah dalam menyebarkan ilmu al-Quran iaitu dengan menjelajah ke seluruh negara dan membuka kelas di rumah sendiri.

"Biasanya hingga satu bulan arwah berada di sesebuah negeri untuk mengajar al-Quran dan selepas itu baru pulang ke kampung," katanya.

Menurutnya, sebagai waris, kami akan ingat pesanan arwah untuk terus menyebarkan ilmu al-Quran ini dan arwah juga meminta anak-anak muridnya juga terus berbuat demikian.

Katanya, sejak kebelakangan ini walaupun ingatan arwah sedikit terjejas namun semangatnya untuk membaca al-Quran tidak pernah luntur.

Tambahnya, Rogayah yang juga Tokoh Wanita Terengganu 2010 dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Durian Guling, Marang untuk dimandi dan dikafankan.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Tuan Muda, Manir, Kuala Nerus, selepas Zohor hari ini.

Rogayah, juga juara qariah Kejohanan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 1963, 1973, 1974, 1978 dan 1979.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... arkan-ilmu-al-quran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.361030 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list