CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1677|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Saya reda, biar Allah membalasnya' - Nur Azera Fatehah

[Copy link]
Post time 9-8-2023 02:46 PM | Show all posts |Read mode

NUR Azera Fatehah Abdullah. FOTO tangkap layar TikTok Nur Azera Fatehah Abdullah

Kuala Lumpur: "Saya reda... satu hari nanti biarlah Allah yang membalasnya... amin." Begitulah luahan Nur Azera Fatehah Abdullah, 22, menerusi kapsyen video mengandungi gambar perkahwinan dan nasihat pendakwah di TikTok, semalam hingga meraih lebih 86,000 tontonan.

Kapsyen pada video itu seolah-olah menggambarkan isi hati Nur Azera Fatehah atau mesra disapa sebagai Yan yang didakwa sudah berpisahberumah tangga.

Tanpa menyebut nama sesiapa, Nur Azera Fatehah menerusi kapsyen sama berkata, dia memilih untuk bersabar, berdiam dan menyerahkan kepada takdir Ilahi untuk menentukan jalan hidupnya.

"Sabar saya, diam saya itulah kunci kekuatan saya untuk menghadapi Allah.

"Biarlah takbur dengan fitnah apa orang sampaikan pada saya.

"Saya diam itu adalah kunci bagi saya, biar Allah sendiri yang aturkan. Cukup saya sujud minta pada Allah apa saja terjadi dalam hidup saya," tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Nur Azera Fatehah memberi sokongan terhadapnya.

Ada juga yang mendoakan semoga Nur Azera Fatehah terus istiqamah dalam usahanya untuk berubah ke arah lebih baik.

Harian Metro cuba menghubungi Nur Azera Fatehah menerusi kiriman mesej di TikTok untuk mengulas lebih lanjut perkara itu namun belum mendapat sebarang balasan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah perkahwinan Danny dengan Nur Azera Fatehah iaitu wanita yang sebelum ini berperwatakan lelaki.

Pasangan itu diijabkabulkan pada 15 Julai lalu dalam majlis pernikahan di rumah keluarga Nur Azera Fatehah dekat Ladang Kelapa Sawit Ulu Remis dekat Layang-Layang, Johor.

Danny dan Nur Azera Fatehah hanya berkenalan selama lima hari sebelum sepakat bernikah.

Bagaimanapun, Danny membuat kejutan menerusi pengakuan eksklusif kepada Harian Metro yang dia sudah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya pada 30 Julai lalu.

Lafaz talak itu dibuat menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp.

Danny memberi reaksi itu bagi menjawab desus-desus mengenai status perkahwinannya yang dikatakan bergolak selepas memuat naik video dan gambar kenangan bersama Nur Azera Fatehah dengan kapsyen 'Aku reda' disusuli emoji sedih.

Lebih menguatkan andaian itu apabila tiada lagi video pasangan itu di akaun TikTok Danny seperti dimuat naik sebelum ini dan ia dipercayai sudah dipadam selepas apa yang berlaku.

Petang Isnin lalu, Danny hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor bagi memfailkan permohonan cerai dan nekad dengan keputusannya untuk berpisah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-nur-azera-fatehah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.039831 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list