View: 2684|Reply: 0
|
[Terengganu]
Suspek disyaki terbabit kematian pemandu teksi direman 7 hari
[Copy link]
|
|
Kuala Nerus: Suspek yang dipercayai terbabit dengan kematian seorang pemandu teksi, kelmarin ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, suspek berusia 29 tahun kini berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana parah.
Beliau berkata, pihaknya tidak dapat melakukan soal siasat terhadap suspek memandangkan keadaan yang masih lemah.
"Suspek kini berada dalam keadaan lemah disebabkan mengalami kecederaan yang agak serius.
"Terdapat tusukan menggunakan benda tajam berhampiran paru-paru dan ada kesan kelar di bahu kiri.
"Memandangkan suspek dalam keadaan yang lemah, kita tidak dapat menjalankan siasatan buat masa ini dan suspek kini dalam kawalan polis di HSNZ," katanya ditemui selepas meninjau proses pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal di sini, hari ini.
Mazli berkata, pihaknya juga belum mengenalpasti punca sebenar kejadian kerana siasatan awal belum dapat dilakukan.
"Kita masih tidak dapat mengetahui punca kematian dan kecederaan yang berlaku kepada suspek dan mangsa.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian belakang dalam kejadian berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir Kuala Nerus.
Mangsa berusia 51 tahun itu ditemui di tempat duduk belakang di dalam sebuah teksi dengan keadaan berlumuran darah.
ANGGOTA polis memeriksa sebuah teksi selepas menemui seorang lelaki mati dengan beberapa kesan kecederaan. FOTO Ghazali Kori
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eksi-direman-7-hari |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|