View: 1400|Reply: 0
|
Impian Speedy Tigers bergelar juara lebur di tangan India
[Copy link]
|
|
SKUAD hoki negara tewas kepada India. -FOTO Facebook Hockey India
Kuala Lumpur: Hasrat pasukan hoki lelaki negara untuk menjadi juara kejuaraan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 tidak kesampaian apabila tumpas 3-4 dalam aksi final sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Mayor Radhakrishnan, Chennai, India, pasukan bimbingan Arul Selvaraj bermula dengan corak permainan agresif bagi mendapatkan gol pertama perlawanan.
Keghairahan Malaysia untuk mencari gol pertama perlawanan tidak kesampaian apabila India berjaya membuka jaringan menerusi Jugraj Singh yang bijak menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk menewaskan penjaga gol negara, Hafizuddin Othman pada minit kesembilan.
Gol yang dinantikan Malaysia itu hadir pada minit ke-14 menerusi gol padang, Azrai Aizad untuk mengikat perlawanan 1-1 pada suku pertama perlawanan.
Memasuki suku kedua skuad negara berjaya memperoleh pukulan sudut penalti yang berjaya disempurnakan oleh kapten Speedy Tigers, Razie Rahim dan meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-18.
Malaysia terus melebarkan jurang apabila berjaya mendapatkan gol ketiga kali ini menerusi Muhammad Aminuddin Mohd Zain.
Namun India mula bertindak agresif apabila mendapatkan dua gol menerusi penalti stroke, Harmanpreet Singh dan gol padang Gurjant Singh pada saat akhir suku ketiga untuk menyamakan kedudukan.
Tuah nyata berpihak kepada tuan rumah apabila berjaya mendapatkan gol keempat mereka pada minit ke-56 menerusi jaringan padang hasil flik padu Akashdeep Singh.
Nasib terus tidak memihak kepada pasukan negara apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain dan gagal untuk mendapatkan gol penyamaan dan terpaksa akur tumpas 3-4.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bur-di-tangan-india |
|
|
|
|
|
|
| |
|