CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2258|Reply: 0

[Johor] MB kecewa Sungai Skudai terus tercemar

[Copy link]
Post time 13-8-2023 12:36 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama-sama mengutip sampah pada Program Pembersihan Sungai Skudai sempena Johor Bersih di Sungai Skudai, Taman Impian Emas, Johor Bahru, Johor. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa dukacita dan kecewa berikutan Sungai Skudai kekal tercemar walaupun kerap dibersihkan.

Tinjauannya pada Program Johor Bersih di Sungai Skudai menemukan longgokan sampah sarap termasuk bangkai ayam, ikan terapung, plastik sampah serta lampin pakai buang.

Sehubungan itu, Onn Hafiz berkata, Jawatankuasa Bertindak Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Skudai ditubuhkan berkuat kuasa serta merta bagi mengatasi pencemaran di sungai berkenaan.

"Ketika meninjau dan menjalankan kerja gotong royong pembersihan Sungai Skudai tadi, saya nampak banyak bangkai haiwan seperti ayam dan ikan, itu tidak termasuk plastik sampah dan lampin pakai buang, ia sangat mendukacitakan.



"Oleh itu, kerajaan Johor akan terus melaksanakan Program Johor Bersih yang digariskan dalam RKK Sungai Skudai ke fasa seterusnya bagi melaksanakan semua objektif memastikan sungai sepanjang 52 kilometer tidak lagi tercemar.

"Inisiatif RKK Sungai Skudai ini akan dilaksanakan Jawatankuasa Bertindak dalam tempoh lima tahun ini. Kita mahu mentranformasikan Sungai Skudai yang pernah disenaraikan sungai paling tercemar di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Johor Bersih di Sungai Skudai, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md. Shukor dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan, Ling Tian Soon.

Dalam pada itu, Onn Hafiz mahu 10 inisiatif dalam RKK Sungai Skudai dilaksanakan segera bagi memastikan pembersihan sungai berjalan seperti sasaran.

"Pelan RKK Sungai Skudai ini sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun, namun saya minta ini dipendekkan kepada tempoh lima tahun, kerjasama semua pihak adalah penting khususnya masyarakat setempat.

"Masyarakat perlu sedar bahawa sungai ini adalah aset negeri ini dan perlu dibersihkan bersama. Jadi, kita jangan sesuka hati membuang sampah ke dalam sungai dan pihak berkuasa juga akan lebih tegas menjalankan penguatkuasaan selepas ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... udai-terus-tercemar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.392029 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list