CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1563|Reply: 0

[Melaka] 'Saya bahagia jaga dia'

[Copy link]
Post time 14-8-2023 12:26 PM | Show all posts |Read mode

NURRHIDAYAH menjaga suaminya Hamdan yang menghidap Steven-Johnson Sindrom (SJS). (Gambar kanan) Keadaan terkini Hamdan. FOTO ihsan Nurrhidayah Hassan

Melaka: "Saya sayangkan suami dan lebih bahagia jaga dia (suami) dalam keadaan begitu," kata perancang majlis, Nurrhidayah Hassan.

Nurrhidayah, 35, setia dengan pasangan, Hamdan Hashim, 36, walaupun suaminya itu bergelar orang kurang upaya (OKU) penglihatan selepas tiga tahun mereka berumah tangga.

Menurutnya, Hamdan jadi begitu kerana menghidap Steven-Johnson Sindrom (SJS) akibat alahan terhadap ubat titis mata mengandungi antibiotik.

Lantaran keadaan suaminya itu, Nurrhidayah dari Kampung Morten, di sini, mengakui ada lelaki yang cuba mendekati selepas tahu keadaan suaminya namun dia menolak dan memilih untuk setia.

"Saya kenal suami sudah lama iaitu sejak 2011 lagi sebelum berkahwin pada 2014.

"Ditakdirkan, dia sakit pada 2017 namun saya anggap itu ujian dan terus menjaganya.

"Waktu itu (suami mula sakit), memang ada yang cuba ambil kesempatan namun saya tak layan kerana naluri dan perasaan bukan ke arah lelaki lain.

"Bagi saya, apa yang berlaku terhadap suami itu takdir Allah dan saya reda saja dengan ketentuan-Nya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sementara itu, Hamdan mengakui berat untuknya menerima hakikat hilang penglihatan selepas 30 tahun hidup normal.

Bagaimanapun, Hamdan cuba berdamai dengan takdir dan bersyukur masih dipanjangkan usia serta ada isteri yang setia dengannya.

"Mungkin dulu saya nakal jadi Allah beri ujian ini sebagai peringatan dan sayang-Nya terhadap saya.

"Walaupun tak dapat melihat sempurna macam dulu apabila mata kanan buta dan kiri pula nampak sedikit saja, saya bersyukur dengan kehidupan sekarang.

"Tak kaya tapi hidup saya berasa cukup berbanding dulu dan tambah bersyukur dengan adanya isteri yang sanggup menjaga serta bersama dalam susah senang. Moga syurga tempatnya," katanya.

Mengimbas detik hitam yang berlaku dalam hidupnya, Hamdan berkata, pada awalnya dia hanya mengalami sakit mata kemudian merujuk ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

"Waktu itu, saya dibekalkan dengan ubat titis mata dan selepas menggunakannya, berlaku alahan yang menyebabkan mata dan bibir bengkak hingga dikejarkan ke hospital.

"Selepas diberi makan ubat, alahan bertambah teruk hingga naik ruam serta luka pada wajah dan badan.

"Akibatnya, saya terpaksa mendapatkan rawatan selama 43 hari di hospital dengan dua minggu di unit rawatan rapi (ICU) dan selebihnya di wad biasa," katanya.

Menurutnya, hampir tiga tahun juga dia ambil masa untuk stabil sebelum dapat bekerja semula pada akhir 2019.

"Kini, saya mencari rezeki dengan bekerja sebagai pembantu di kedai makan ibu mentua (Amnah Othman, 64).

"Orang mungkin tengok saya macam normal kerana boleh buat kerja tetapi hanya saya, doktor dan Allah saja tahu keadaan diri ini.

"Doktor di hospital kerajaan tak berani nak ambil risiko untuk rawat saya dan kini, saya ikhtiar dapatkan rawatan dengan bertemu pakar mata di Kuala Lumpur setiap tiga bulan sekali.

"Kosnya bukan sedikit namun saya dengan bantuan isteri sama-sama kumpul duit untuk mendapatkan rawatan," katanya yang belum dikurniakan zuriat.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ya-bahagia-jaga-dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.578192 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list