CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1869|Reply: 1

[Perak] Wanita Orang Asli maut dipijak gajah liar

[Copy link]
Post time 14-8-2023 01:08 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG wanita Orang Asli maut dipercayai akibat dipijak gajah liar di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, Gerik, semalam.

GERIK – Seorang wanita Orang Asli maut dipercayai akibat dipijak gajah liar di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Zaitun itu dikatakan diserang seekor gajah ketika berada di kebun di belakang rumahnya.

Difahamkan, mangsa masih sedarkan diri semasa dia dijumpai penduduk kampung namun menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke klinik kesihatan.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor pada pukul 6 petang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi memaklumkan, siasatan sedang dijalankan berhubung insiden berkenaan.

“Saya dalam perjalanan ke sana (RPS Kemar) untuk siasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... dipijak-gajah-liar/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2023 02:29 PM | Show all posts
Kesiannya. Gajah skrg ni dah keluar cari makan sebab habitat depa dah dirampas dek manusia tamak haloba. Taknak pula dia pijak org2 tokay2 balak yg rakus dlm hutan tu erkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.206660 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list