CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6549|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Barisan EXCO Negeri Sembilan dilantik minggu ini - Aminuddin

[Copy link]
Post time 14-8-2023 09:07 PM | Show all posts |Read mode



Datuk Seri Aminuddin Harun ketika sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Mengadap Besar, Istana Besar Seri Menanti. FOTO AZRUL EDHAM



Kuala Pilah: Lantikan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan akan dibuat secepat mungkin dan diselesaikan dalam minggu ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, nama mereka akan ditentukan oleh kepimpinan parti gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebelum diteliti dan diputuskan.

Katanya, nama calon ahli EXCO itu akan dicadangkan parti dalam gabungan masing-masing sebelum dipertimbangkan beliau dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

"Saya akan berunding satu persatu dari segi pembahagian EXCO yang bersesuaian dan dipersetujui oleh pucuk pimpinan.

"Dari segi muka baharu atau muka lama itu terserah kepada kepemimpinan parti masing-masing, untuk mencadangkan nama mereka, yang penting untuk memastikan kelangsungan pentadbiran negeri.

"Kita akan lantik 10 orang EXCO seperti ditetapkan dalam Perlembagaan dan saya cuba yang terbaik jika tiada halangan kita boleh selesaikan (pelantikan EXCO) minggu ini," katanya pada sidang media di Seri Menanti, di sini, petang ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat dilantik semula sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dengan Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah jawatan berkenaan berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, di sini, petang ini.

Aminuddin menegaskan setakat ini tiada cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar, namun pihaknya sedia mengadakan perbincangan mengenai perkara itu.

"Setakat ini tiada perbincangan mengenai perkara itu (Timbalan Menteri Besar), saya tak tahu, tapi bagi jawatan Speaker, masih kekal yang sedia ada sehingga majlis angkat sumpah yang baharu akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Aminuddin yang juga Pengerusi PH negeri berharap gandingan wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan yang memenangi PRN kali ini dapat menjadi pasukan pelaksana dan penterjemah membangunkan negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya berharap pasukan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan dapat dijadikan contoh negeri lain.

"Harapan saya, pasukan ini mampu bekerja dan mampu membuat perubahan, dalam memastikan hak rakyat dan juga pembangunan negeri, dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya.

Mengulas mengenai kawasan dimenangi pembangkang, Aminuddin berkata, pihaknya sedia berbincang dalam membantu rakyat di kawasan terbabit.

"Kita selesaikan kerja kita dulu, bagaimanapun kita sedia bincang (bantuan) tapi akan bergantung juga kepada perbincangan," katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu, PH mendominasi selepas menang 17 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) menang 14 kerusi.
sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.722965 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list