CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1474|Reply: 2

[Johor] Budak enam tahun cedera didera bekas teman lelaki ibu ramai-ramai

[Copy link]
Post time 15-8-2023 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 15-8-2023 11:30 AM



FOTO HIASAN


Johor Bahru : Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun mengalami kecederaan fizikal di bibir dan muka dipercayai didera bekas teman lelaki kepada ibu mangsa.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan polis dibuat ibu mangsa yang berusia 25 tahun, pada 10.39 pagi semalam.
Katanya, susulan itu, lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan di sini,  jam 11.05 malam tadi.

"Polis menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kes penderaan anaknya di sebuah rumah di kawasan Kampung Sinaran Baru, Kempas.

"Mangsa mengalami kecederaan fizikal iaitu di bahagian bibir dan muka.


"Mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, bagi rawatan lanjut.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana perlakuan jenayah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.



https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-teman-lelaki-ibu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 11:34 AM | Show all posts
allah... awat mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:58 AM | Show all posts
bodohnyaa budak 4 tahun kau buat mcm tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.065001 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list