View: 1807|Reply: 0
|
[Johor]
Cabul anak saudara, 'Pak Ngah' kena penjara, sebatan
[Copy link]
|
|
PEMANDU lori dibawa keluar selepas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan mencabul anak saudaranya. FOTO Alias Abd Rani
Muar: "Saya terima apa sahaja hukuman dikenakan. Saya sudah insaf," kata seorang pemandu lori sebelum dijatuhi hukuman penjara lima tahun serta tiga sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mencabul kehormatan anak saudaranya, awal bulan ini.
Tertuduh berusia 49 tahun itu membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang dipanggil Pak Ngah oleh mangsa berusia 13 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu ketika datang ke rumahnya di Batu Pahat, pada jam 5.15 petang, 5 Ogos lalu.
Berdasarkan laporan polis dibuat, mangsa dikatakan kerap ke rumah tertuduh namun pada hari kejadian, lelaki itu mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadapnya dalam bilik.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama.
Dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya, jika sabit kesalahan.
Selepas mengambil kira rayuan serta hujahan pihak pendakwaan, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman lima tahun penjara serta satu sebatan bagi pertuduhan pertama manakala penjara lima tahun dan dua sebatan untuk pertuduhan kedua.
Bagaimanapun, mahkamah memutuskan supaya hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditahan 6 Ogos lalu, manakala hukuman sebatan dijalankan secara berasingan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan paling berat memandangkan mangsa adalah kanak-kanak.
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya tertuduh perlu menjalani pengawasan polis selama dua tahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ena-penjara-sebatan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|