|
Kalsom Mohd, 76, menunjukkan salak madu yang ditanam diperkarangan rumahnya di Kampung Tapah. FOTO NAZDY HARUN
Kuala Berang: Walaupun sudah menjangkau usia emas, seorang nenek mampu menjana pendapatan lebih RM5,000 semusim dengan mengusahakan tanaman salak madu di perkarangan rumahnya di Kampung Tapah, di sini.
Kalsom Mohd, 76, berkata dia menanam lebih 200 pokok salak di perkarangan rumahnya sejak lebih 20 tahun lalu.
Menurutnya, pokok salak berbuah dua kali setahun dan setiap kali berbuah dia mampu menjual kira-kira 500 kilogram dengan harga RM10 setiap kilogram.
Katanya, penjagaan pokok salak madu juga tidak rumit kerana hanya perlu melakukan pembajaan dan siraman mengikut jadual.
"Pada mulanya jiran yang memberi kepada saya buah salak untuk dimakan, namun selepas merasai keenakannya, saya meminta jiran membeli benih pokok berkenaan.
"Bermula dengan menanam lebih 100 pokok kini saya anggarkan sudah melebihi 200 pokok ditanam hanya di perkarangan rumah," katanya.
Menurutnya, buah salak yang manis mendorong jualan 'laku keras' kerana pelanggan akan datang ke rumah untuk mendapatkannya selain dipos kepada pelanggan.
"Alhamdulillah, walaupun sudah menjangkau usia emas, saya masih mampu mengusahakan tanaman salak madu secara sendirian.
"Pulangan hasil jualan juga berbaloi dengan keringat yang dikerah setiap hari untuk menjaga tanaman berkenaan," katanya.
Katanya, suaminya Abdul Latif Saman, 77, sesekali membantu untuk menguruskan tanaman berkenaan berikutan mempunyai pekerjaan lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tanaman-salak-madu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|