CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1854|Reply: 0

[Selangor] Influencer serik hangus RM17,000 resort ‘mewah’

[Copy link]
Post time 15-8-2023 02:14 PM | Show all posts |Read mode

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Bella Khan kecewa dengan percutian ‘mewah’ yang indah khabar dari rupa.

PETALING JAYA – Seorang pempengaruh dan usahawan terkenal, Bella Khan berserta beberapa selebriti lain mendakwa kecewa selepas mengalami pengalaman buruk di salah sebuah resort yang terletak di Pulau Rawa, Johor.

Dalam perkongsian yang dibuat melalui akaun Instagram miliknya, penginapan ‘mewah’ itu mencecah RM17,000, namun perkhidmatan yang diberikan tidak seperti yang diimpikan.

Percutiannya ke pulau tersebut disertai rakan selebriti seperti pelakon, Noreen Iman, Aya Amiruddin dan beberapa kenalan rapat mereka yang lain.

Jelas wanita itu, selain tiada kemudahan asas, penginapan tiga hari dua malam di resort tersebut juga dihantui masalah kebersihan dan bau bilik yang tidak menyenangkan.

“Dari pengalaman saya, pemandangan laut biru bersih sahaja yang cantik tetapi pengurusan dan servis perkhidmatan semua teruk. Kemudahan asas macam pemanas air, Tv, peti sejuk pun tak sediakan.

“Air bersih pun tak ada di sini. Katanya sumber air dari bawah tanah tapi bila gosok gigi, basuh muka, rasa masin,” katanya.

Lebih parah, resort tersebut juga tidak menyediakan perkhidmatan house keeper (pengemas rumah) seperti kebiasaan di tempat penginapan lain hingga menyebabkan kebersihan bilik tidak terjaga.

“Kami dapat bilik macam hostel dan sangat berbau. Mereka langsung tak menjaga kebersihan dan tuala pun tak tukar yang baru.

“Indah khabar dari rupa, sebab itu lah langsung tak ada gambar bilik dalam laman sesawang mereka. Tilam pun penuh dengan bed bugs (pepijat), habis bintik merah-merah di badan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihak pengurusan resort tersebut juga bertindak melepas tangan selain ‘membuta tuli’ mengenai maklum balas negatif yang dikongsi pengunjung termasuk Bella.

“Pihak pengurusan dah padam semua maklum balas buruk mengenai servis mereka. Sepatutnya mereka perbaiki kesalahan mereka. Staf pun selalu bermasam muka dan tak nak senyum.

“Staf yang angkat beg kami pula merungut sebab katanya berat. Menyesal pergi dekat sini,” ulasnya.

Difahamkan, mereka juga bertindak mengunci laman Instagram rasmi resort selepas bertalu-talu menerima kritikan dan kecaman dari orang ramai. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... 17000-resort-mewah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.061960 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list