View: 1153|Reply: 4
|
Wanita Arak Guru Tadika Anak Kerana Menyondol Suaminya
[Copy link]
|
|
Seorang guru tadika di tengah China bukan sahaja kantoi menjalin hubungan sulit dengan bapa kepada anak muridnya, malah dia dimalukan isteri lelaki itu di khalayak ramai.
Dalam video dipercayai dirakam di Changsha, wilayah Hunan, awal bulan ini, wanita muda itu dilihat ditarik rambutnya dan tangannya dipegang kuat wanita lain yang menjerit kuat kepada orang awam di jalanan.
SCMP/Weibo
"Lihat, semua! Dia perempuan simpanan.
"Saya tak rasa malu kerana saya tidak melakukan perkara yang memalukan.
"Mereka patut malu. Dia tidur dengan suami saya di rumah baharu kami ketika saya menangkap mereka.
"Dia adalah guru anak perempuan saya. Nama keluarganya ialah Jiang. Dia adalah sampah komuniti pendidik," kata wanita itu seperti dilaporkan Video Wanqu.
Guru itu yang pada mulanya hanya mendiamkan diri, terpaksa mengesahkan pendedahan ibu anak muridnya.
"Saya perempuan simpanan. Saya ada hubungan sulit dengan bapa anak murid dan kami ditangkap isterinya di rumah baharu mereka.
"Saya tidak tahu malu. Saya mohon ampun kepada isterinya.
"Semua orang, tolong tularkan siaran ini supaya saya dikecam masyarakat," katanya dalam siaran yang dimuat naik di WeChat miliknya.
Sementara itu, jurucakap tadika tempat wanita itu mengajar mengesahkan, guru itu berhenti kerja selepas kejadian memalukan itu.
Menurut kumpulan sembang penduduk, teman lelaki kepada guru itu tidak mempercayai hubungan sulit berkenaan.
SCMP/Weibo
Seorang jiran berkata, isteri terbabit mempunyai tiga anak bersama suaminya dan sibuk menjaga bapa mentuanya yang berada di hospital.
Video itu meraih 96 juta kali tontonan di Weibo dengan kebanyakan netizen menyebelahi isteri terbabit.
"Mengapa tidak mengheret suaminya untuk berarak sekali?" tanya seorang netizen.
"Malang betul wanita ini! Saya bersimpati dengannya, tetapi si isteri tetap melanggar undang-undang dengan mengaibkan orang lain di khalayak ramai," kata seorang lagi netizen.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Silap haribulan suami pompuan tu yg mulakan dulu, biasalah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hokeypokey at 7-9-2024 03:14 PM
Cikgu tu dh ada bf pun masih menyondol laki org lagi, tapi heret la laki ko yg gatal tu skali!!!!! Dh la ko jaga bapak laki ko kt spital, dia bleh pegi main betina lain??!!! Eh menyirap aku baca |
|
|
|
|
|
|
| |
|