View: 1135|Reply: 0
|
[Kelantan]
Remaja parah perut tertusuk buluh
[Copy link]
|
|
KEADAAN mangsa yang tertusuk buluh dalam kemalangan di KM 29 Jalan Gua Musang-Jeli, di atas Jambatan Pulau Setelu, di sini, semalam. FOTO Paya Linda Yahya.
Gua Musang: Seorang remaja lelaki cedera parah apabila tertusuk buluh selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang membawa muatan itu yang diparkir di Kilometer (KM) 29 Jalan Gua Musang-Jeli, di atas jambatan Pulau Setelu, di sini, semalam.
Dalam kejadian 9.30 malam mangsa, Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13, yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara tertikam buluh sepanjang dua meter di bahagian perut.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Gua Musang oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.
"Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan untuk pergi memancing. Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa terlanggar belakang sebuah pacuan empat roda muatan buluh yang diparkir di tepi jalan.
"Sebatang buluh berukuran dua meter tertikam menembusi perut mangsa. Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan awal dan dihantar ke HSIP untuk rawatan susulan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan. dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di talian 099121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 019-9710976.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erut-tertusuk-buluh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|