CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1142|Reply: 0

[Johor] Kerajaan kaji kurangkan kebergantungan gula dari luar

[Copy link]
Post time 20-8-2023 11:27 AM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Pasir Gudang : Kerajaan sedang mengkaji langkah terbaik bagi mengurangkan kebergantungan bekalan mentah gula dari luar negara.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ketika ini negara mengimport bahan mentah itu sepenuhnya dari Brazil.

Katanya, langkah itu adalah sebagai persediaan sekiranya negara terbabit tidak dapat membekalkannya pada masa akan datang.

"Kita sudah mengimport gula 100 peratus dari Brazil sejak awal tahun ini dan kita bimbang sekiranya berlaku apa-apa seperti bencana alam di Brazil kerana hanya bergantung kepada mereka.

"Kita juga khuatir faktor geopolitik global akan pengaruhi bekalan dalam negara.

"Sebelum ini kita juga import dari India dan Thailand. Namun disebabkan beberapa faktor, kini kita hanya mengimport gula dari Brazil sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Jelajah Jualan Rahmah Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 di sini, hari ini.

Armizan berkata, negara memerlukan persediaan bagi menghasilkan bekalan bahan mentah itu sendiri, walaupun tidak mencapai tahap sara diri (SSL) sepenuhnya.

Katanya persediaan itu juga bagi penyelesaian untuk tempoh masa panjang.

"Tindakan mengimport gula mentah sepenuhnya dari negara luar dibuat kerana kos diperlukan adalah lebih rendah, berbanding sekiranya produk itu dikeluarkan secara tempatan.

"Namun faktor itu perlu dikaji semula, kerana kita perlu fikirkan keperluan asas negara untuk tempoh jangka masa panjang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngan-gula-dari-luar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.675741 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list