CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 620|Reply: 0

[Terengganu] Musang King, Udang Merah diserang penyakit misteri, Cikgu Wei pun berisiko mati

[Copy link]
Post time 20-8-2023 01:42 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Amir Nazrin Azenan memeriksa pokok durian Musang King yang rosak diserang penyakit misteri tidak dapat dikenal pasti. - NSTP/Ahmad Rabiul Zulkifli

KUALA NERUS: Seorang pekebun mendakwa rugi lebih RM60,000 apabila enam pokok durian miliknya, termasuk Musang King dan Udang Merah mati secara tiba-tiba.

Lebih menyedihkan Mohd Amir Nazrin Azenan, 31, durian tular dirujuk dengan nama Cikgu Wei (CW) turut diserang penyakit misteri itu sejak akhir Julai lalu.

Menurut pekebun dari Kampung Lingai itu, dia sedih melihat satu demi satu pokok durian yang ditanam bapa tirinya, Ismail Tawang, 76, diserang penyakit dan seterusnya mati.

"Pokok durian diserang penyakit itu menjadi kekeringan sehingga daun gugur, seterusnya mati. Sebahagian pokok durian pula rosak pada batang, akar jadi berair dan kehitam-hitaman.



"Beberapa pokok durian yang diserang penyakit itu tetap mengeluarkan buah, tapi saiznya kecil berbanding biasa, macam tak cukup zat," katanya ketika ditemui hari ini.

Tambahnya, kebunnya mempunyai 50 pokok durian pelbagai jenis, berkurangan daripada 60 pokok pada 2018.

"Semua pokok durian berusia lebih 30 tahun ini dijaga sebaik mungkin, termasuk dibaja pada tahun dengan kos ribuan ringgit. Bagaimanapun, sejak ayah diserang penyakit angin ahmar pada 2020, pokok durian juga sakit.

"Musim durian sekarang tidak meriah seperti sebelum ini kerana banyak pokok terjejas diserang penyakit dan pengeluaran juga tidak banyak. Penyakit itu cepat merebak jika tidak dikawal.

"Saya sudah buat segala usaha untuk menyelamatkan pokok durian di kebun, termasuk menggunakan racun khas untuk memusnahkan virus yang merebak pada batang pokok. Hasilnya 80 peratus berkesan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... steri-cikgu-wei-pun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.917568 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list