View: 1374|Reply: 0
|
[Terengganu]
Peniaga sambut positif saranan kerajaan guna pakaian batik
[Copy link]
|
|
AHMAD Sufian Firdaus menunjukkan baju batik yang dijual dikedainya di Kuala Terengganu. FOTO Faizul Azlan Razak
Kuala Terengganu: Peniaga batik di negeri ini menyambut baik saranan kerajaan yang membenarkan penjawat awam memakai pakaian batik setiap hari waktu bekerja.
Ahmad Sufian Firdaus Abdul Hadi, 33, berkata, ia memberi sinar baru kepada peniaga batik yang kini berdepan jualan yang merosot.
Menurutnya, pihaknya juga akan memberi potongan harga istimewa sekiranya jabatan kerajaan membeli dengan kuantiti banyak.
"Saya sebagai peniaga batik menyambut baik saranan kerajaan membenarkan penjawat awam memakai pakaian batik setiap hari waktu bekerja.
"Saya harap kerajaan juga dapat mengutamakan pengusaha dan peniaga batik tempatan sekali gus dapat membantu meningkatkan hasil jualan," katanya.
Seorang lagi peniaga, Tuan Roslina Syed Abu Bakar, 58, berkata, baju batik lelaki paling murah dijual di kedainya berharga RM75 sehelai.
Menurutnya, bagi batik wanita pula, harga dijual bermula RM150 hingga RM350 untuk kain sepasang baju bergantung pada kualiti kain.
"Sebelum ini saya mampu menjual lebih 30 pasang sehari pakaian batik tetapi sekarang untuk jual 10 helai sebulan pun susah.
"Jadi, dengan saranan kerajaan ini diharap dapat membantu meningkatkan semula jualan pakaian batik di kedai saya," katanya yang sudah mengusahakan perniagaan itu sejak 20 tahun lalu.
Sebelum ini, media melaporkan penjawat awam kini dibenarkan memakai pakaian batik pada setiap hari waktu bekerja.
Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kesesuaian pakaian bekerja untuk penjawat awam dengan realiti iklim tempatan dan keperluan kecekapan tenaga di premis kerajaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -guna-pakaian-batik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|