View: 3222|Reply: 1
|
Alasan Tak Solat Sebab Tak Sempat Mandi Wajib? Ustaz Don Daniyal Kongsi Cara Cepat
[Copy link]
|
|
Alasan Tak Solat Sebab Tak Sempat Mandi Wajib? Ustaz Don Daniyal Kongsi Cara Cepat
Ada pula sesetengah orang Islam ni bagi alasan tak boleh pergi solat sebab tak sempat mandi wajib. Macam tu pun ada erk?! Solat itu wajib, jadi tak boleh la bagi alasan macam tu. Tapi mandi wajib ni tak perlukan masa yang lama pun gais.
Ohmedia tertarik dengan perkongsian Ustaz Don Daniyal pagi tadi dekat Suria FM yang menyatakan proses mandi wajib cukup mudah sebenarnya.
Mandi wajib tidak sama seperti wuduk, kalau wuduk kita kena yakin yang air sudah terkena pada anggota badan kita, kalau tak yakin, tak sah.
Tapi kalau mandi wajib, cukup sekadar ‘zon’, maknanya kita rasa kita dah ratakan air ke seluruh badan kita, maka selesai mandi wajib kita. Kita rasa okey dah basah, settle. Sebab apa macam ni?
Susah nak nampak semua tu, tak akan nak letak cermin dekat celah punggung kita pula. Sebab itu mandi wajib cukup sekadar ‘sangkaan’ yang kita dah ratakan air ke seluruh badan dengan kemampuan tangan kita.
Tidak cukup dengan itu, Ustaz Don turut menyatakan jujungan kita Nabi Muhammad SAW tidak menggunakan air yang banyak dan hanya memerlukan sebekas air untuk mandi wajib.
Kalau saya mandi sebanyak tu, sekali jirus pun dah habis. Jadi itulah konsepnya di sini, kata kuncinya ialah ‘meratakan’ air ke seluruh badan. Kalau rasa dah kena air tu, maka dah selesai mandi wajib.
Sebab itu tak perlu mandi wajib lama-lama dan menggunakan air yang banyak. Tentang berwuduk sebelum mandi wajib pula, itu hanyalah sunat.
Cuma saya nak titipkan pesanan tambahan, kalau untuk wanita dan mereka yang berbadan montel, digalakkan bertinggung sekejap ketika mandi wajib, supaya lebih senang air diratakan ke seluruh badan.
Sumber:https://ohmedia.my/ohislam/alasa ... -kongsi-cara-cepat/
|
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik…terima kasih share |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|