CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1954|Reply: 0

[Johor] Bomba kesan kebocoran bahan kimia di kilang Pasir Gudang

[Copy link]
Post time 24-8-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengesan berlaku kebocoran bahan kimia jenis Styrene Monomer di sebuah kilang di Jalan Pekeliling di sini, semalam. - Foto FB JBPM

PASIR GUDANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengesan berlaku kebocoran bahan kimia jenis Styrene Monomer di sebuah kilang di Jalan Pekeliling di sini, semalam.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Sarhan Akmal Mohamad berkata, operasi membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan lapan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) BBP Larkin.

Beliau berkata, mereka menerima maklumat berkaitan terdapat percemaran bau di kawasan itu pada jam 5.21 petang.


    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengesan berlaku kebocoran bahan kimia jenis Styrene Monomer di sebuah kilang di Jalan Pekeliling di sini, semalam. - Video ihsan pembaca pic.twitter.com/tY8qPGBZcJ



"Hasil pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran bahan kimia pada injap saluran bahan kimia yang berada di kilang itu.

"Bantuan pasukan HAZMAT diperlukan untuk menutup saluran tersebut.

"Keadaan di lokasi kejadian terkawal dan tiada laporan atau aduan diterima daripada orang awam, sama ada mengalami gejala pening dan sebagainya akibat kejadian berkenaan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu. JBPM Johor meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi kejadian itu kerana boleh menggugat ketenteramam awam serta menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengunjung penduduk setempat.
https://www.bharian.com.my/berit ... kilang-pasir-gudang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.391361 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list