CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1981|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 57,000 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng dirampas

[Copy link]
Post time 24-8-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode

Antara lori yang disita hasil serbuan di dua premis di Nilai dan Mambau yang disyaki melakukan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi. - Foto ihsan KPDN.

SEREMBAN: Sebanyak 57,000 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM122,550 dipercayai cuba diseleweng dirampas dalam dua serbuan masing-masing di Nilai dan Mambau, di sini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan, berkata seramai tujuh lelaki turut diberkas dalam serbuan berkenaan.

"Jalinan kerjasama antara KPDN dengan Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor dalam penguatkuasaan Ops Tiris di Negeri Sembilan diteruskan dengan penerimaan serahan dua kes pada 21 dan 22 Ogos.

"Hasil tindakan operasi yang dijalankan Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor di sekitar Nilai dan Mambau, sebanyak 57,000 liter diesel dengan anggaran nilai RM122,550 dirampas dalam kedua-dua serbuan itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Beliau berkata, dalam serbuan di Bandar Baru Nilai, Nilai, kira-kira jam 5 petang Isnin lalu membabitkan rampasan 10,000 liter diesel bernilai RM21,500 dan sebuah lori tangki yang menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM36,500.

"Seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun bersama seorang lelaki warga asing iaitu pemandu dan kelindan lori ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata serbuan kedua di sebuah premis yang disyaki dijadikan tempat penyimpanan dan memproses diesel secara haram di Mambau, kira-kira jam 5 petang semalam.

"Ia membabitkan rampasan 47,000 liter diesel bernilai RM101,050, sebuah lori tangki, sebuah lori bonded, tangki IBC dan pam minyak dengan nilai keseluruhannya dianggarkan RM222,250.

"Seramai lima lelaki warga tempatan berusia antara 27 hingga 52 tahun. Tiga daripada adalah pemandu lori dan dua lagi pekerja stor ditahan untuk siasatan lanjut kes," katanya.

Muhammad Zahir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
https://www.bharian.com.my/berit ... diseleweng-dirampas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.690252 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list