CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2244|Reply: 0

[Johor] PRK Pulai dan Simpang Jeram bermula dengan penamaan calon esok

[Copy link]
Post time 25-8-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Johor Bahru: Bahang pilihan raya yang baharu sahaja reda di enam negeri kini beralih ke negeri 'Harimau Selatan' apabila pertarungan merebut kerusi Parlimen Pulai di sini, dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram di Muar, bermula dengan hari penamaan calon esok.

Proses penamaan calon yang bermula jam 9 hingga 10 pagi itu bakal diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, bagi Parlimen Pulai, manakala untuk kerusi Dun Simpang Jeram, di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar.

Menurut Pejabat Pilihan Raya Johor, setakat ini, 22 set borang pencalonan sudah dijual kepada beberapa parti politik termasuk Amanah, PAS, Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.

PRK di dua kawasan itu dijangka akan menyaksikan persaingan sengit apabila Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan dua anak didik Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, penyandang bagi dua kerusi kawasan itu, menentang dua calon Perikatan Nasional (PN).

PH menamakan bekas Speaker Dun Johor yang juga Setiausaha Politik Allahyarham Salahuddin, Suhaizan Kaiat yang bertanding atas tiket Amanah sebagai bakal calon Parlimen Pulai untuk mempertahankan kerusi itu, menentang bakal calon PN, Zulkifli Jaafar yang juga Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai.



Sementara itu, di Dun Simpang Jeram pula, PH mempertaruhkan Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri Nazri Abdul Rahman, yang juga jurutera, menentang calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya, yang juga pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular.

Selain itu, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) Samsudin Mohamad Fauzi, difahamkan turut akan mencuba nasib untuk menjadi Ahli Parlimen apabila menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan itu atas tiket Bebas.

PRN ini diadakan susulan kematian penyandang kedua-dua kerusi berkenaan, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Salahuddin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, adalah Timbalan Presiden Amanah, penyandang kedua-dua kerusi berkenaan buat kali kedua, yang juga satu-satunya kerusi Amanah di Johor.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac 2022, PH memenangi 13 kerusi, manakala BN menguasai Dun Johor dengan 40 kerusi, dan PN tiga kerusi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November lalu, PH memenangi 15 kerusi parlimen dengan Amanah memenangi dua daripadanya, selain BN (sembilan) dan PN (dua).


Disiarkan pada: Ogos 25, 2023 @ 12:51pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 3.005893 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list