View: 1536|Reply: 0
|
[Kelantan]
7 petugas SK Balar cemas pacuan empat roda terbalik
[Copy link]
|
|
GURU dan kakitangan SK Balar yang terlibat dalam kejadian pacuan empat roda terbalik berhampiran Kampung Tapai, Pos Balar. FOTO Ihsan pembaca
Gua Musang: Tujuh Petugas Sekolah Kebangsaan (SK) Balar berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki mereka terbalik berhampiran Kampung Tapai, Pos Balar, di sini, semalam.
Guru Besar SK Balar Mohd Hazlimi Mat Arriffen yang memandu berkata kejadian berlaku apabila kenderaan itu hilang kawalan ketika menuruni jalan berbukit yang licin akibat hujan.
"Saya membawa mereka semua keluar untuk pulang ke rumah masing-masing kerana semalam adalah hari terakhir persekolahan sebelum cuti penggal ketiga dan tiada pengangkutan lain untuk mereka semua keluar.
"Apabila sampai di tempat kejadian, tayar kenderaan memasuki ke dalam lurah akibat jalan yang licin dan menuruni bukit dengan perlahan-lahan dan terbalik," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Hazlimi yang ingin pulang ke Tanah Merah berkata mereka mendapat bantuan daripada penduduk Orang Asli Kampung Tapai, Pos Balar sebelum kenderaan bantuan dari luar tiba.
"Kenderaan yang terbalik diangkat dengan bantuan dua buah kenderaan lain menggunakan teknik 'winch' dan kenderaan dapat dipandu kembali dan kami tiba di bandar Gua Musang pada petangnya.
"Terima kasih kepada pihak kontraktor dan unit Vektor Klinik Kesihatan Gua Musang yang membantu kami dalam kejadian semalam," katanya.
Seorang daripada penumpang, Pembantu Prasekolah Zanariah Ibrahim, 27, berkata beliau bersyukur kesemua mereka tidak mengalami kecederaan dan memaklumkan ia adalah kali pertama kejadian seumpama itu menimpanya sepanjang tujuh tahun berkhidmat di Pos Balar.
"Ketika menuruni jalan itu kenderaan bergerak turun sendiri dengan perlahan dan kami di dalam kenderaan bersedia dengan segala kemungkinan dan sudah pun berpaut terlebih dulu.
"Syukur alhamdulillah tiada kecederaan yang berlaku ke atas kami melainkan sakit-sakit badan saja," katanya yang mahu pulang ke Kesedar Paloh 2.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... empat-roda-terbalik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|