CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1754|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Inkues Baby Syifaa: Yuseri tidak puas hati siasatan Pegawai Penyiasat

[Copy link]
Post time 30-8-2023 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Seremban: Yuseri Yussof, 40, bapa kepada Nour Rania Asyifaa atau dikenali Baby Syifaa, memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, motif anaknya dibunuh berkemungkinan berpunca daripada bayi itu meragam.

Bagaimanapun, saksi ke-25 itu memberitahu mahkamah bahawa dia tidak pernah menyebut perkataan 'bunuh' yang merujuk kepada apa yang berlaku kepada anaknya itu.

Peguam Gaithri Thomas yang menyoal mengapa Yuseri memaklumkan bahawa dia percaya Baby Syifaa dibunuh dalam satu laporan polis, Yuseri berkata, perkataan 'bunuh' buat pertama kalinya dibangkitkan Pegawai Penyiasat (IO), Inspektor M Thinagaran.

"Saya tidak pernah sebut (Baby Syifaa dibunuh). Lepas Inspektor Thinagaran hubungi saya, waktu itu pagi. Thinagaran hubungi beritahu pasal kes ini, dia minta saya bertenang, kita akan mendapat keadilan.

"Dalam perbualan itu, Thinagaran tanya, betul ke pekerja taska yang bunuh baby (Baby Syifa)? Saya tak pernah sebut (perkataan bunuh)," katanya di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Yuseri menegaskan dia juga tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dilakukan IO kes itu yang didapati terdapat banyak kelemahan selepas dia merujuk kes itu kepada bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI), Makmal Forensik Bukit Aman Amidon Anan.

"Selain itu pakaian mangsa yang dipakai pada hari kejadian yang ditinggalkan dan paling ketara dia mengabaikan kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

"Terdapat satu kuku jari kaki tercabut yang IO tak pernah beri penerangan dan garisan lurus yang dikatakan kononnya disebabkan jerutan buai. Tapi garisannya terlalu kemas. Kemudian ada di pipi dua tanda kuku dan selain bibir kebiruan, " katanya.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Peguam Hafiz Norkhan yang bertanya mengapa Yuseri tidak berpuas hati dengan siasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat terbabit.

Jelas Yuseri, kesan jerutan pada leher anaknya itu juga terlalu kemas dan secara logiknya jika bayi terjerut kuat, dia akan meronta malah perkara berkenaan turut diberitahu Amidon yang kesan itu mungkin perbuatan yang disengajakan dan agak mustahil disebabkan jerutan buaian.

"Beliau beritahu potensi (kesan jerutan) itu daripada wayar, kabel atau tali... Tapi lebih kepada kabel kerana ia kemas," katanya.

Pada prosiding itu Yuseri turut menjelaskan kepada mahkamah yang beliau mengambil tindakan lanjut terhadap kes terbabit kerana mendapati tiada apa-apa tindakan selepas 33 hari kematian anaknya.

"Bagi saya kes ini mudah saja. Ibu bapa hantar anak dan meninggal di taska yang sepatutnya boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak.

"Sedangkan anak yang tersedak susu pun ibu bapa kena reman. Apa istimewanya pengasuh ini? Bila timbul banyak percanggahan yang dikeluarkan oleh IO, saya terpaksa cari rujukan lain," katanya.

Di akhir prosiding, mahkamah menetapkan 15 September ini untuk mendapatkan butiran saksi baharu yang akan dipanggil pada prosiding 8 dan 9 November ini.


YUSERI ketika hadir pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Baby Syifa. FOTO Azrul Edham
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-pegawai-penyiasat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.258607 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list