CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4672|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Suami, isteri terima anugerah sempena keberanian

[Copy link]
Post time 30-8-2023 05:44 PM | Show all posts |Read mode

ZAMIRUL (kanan) bersama Amirul dan Nur Syarina.

Kuala Lumpur: Keberanian suami isteri menyelamatkan tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak dalam kebakaran kedai baru-baru ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Muhibbah Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC)-MACROKIOSK.

Pekerja kedai serbaneka, Amirul Husni Afendey, 25, dan isterinya yang juga pekerja kilang Nur Syarina Muhammad Noor, 23, dipilih sebagai pemenang bulanan bagi Ogos 2023, sekali gus menerima wang tunai bernilai RM2,000, sijil dan baucar.

Amirul berkata, beliau dan Nur Syarina berterima kasih kepada NPC dan MACROKIOSK, selain mengakui tidak menjangkakan akan mendapat pengiktirafan sedemikian.

"Kami tidak pernah menjangkakan tindakan kami akan mendapat pengiktirafan seperti ini. Anugerah ini pasti akan memberi motivasi untuk kami terus membantu golongan yang memerlukan.

"Tindakan ini juga diharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjalani gaya hidup muhibbah sebagai rakyat Malaysia sejati," katanya menerusi kenyataan media sempena penganugerahan yang berlangsung di Pagoh, Johor, semalam.

Pada 6 Julai lalu, Nur Syarina terlihat kepulan asap dari rumah kedai berhampiran ketika dia dan Amirul Husni sedang menunggu bas kilang di pinggir jalan utama berhadapan deretan premis terbabit.

Rentetan itu, pasangan suami isteri terbabit berusaha menyelamatkan tiga mangsa, termasuk du kanak-kanak masing-masing Muhammad Firas Syahmi, 10, dan Muhammad Harith, 4, yang terperangkap dalam kedai milik warga tempatan, Zamirul Suahimi.

Ketika kejadian, pasangan itu bertindak menyambut dua kanak-kanak terbabit yang terpaksa dikeluarkan menerusi tingkap kedai, sejurus terdengar jeritan Zamirul yang meminta bantuan.

Sementara itu, Presiden NPC, Datuk Ahirudin Attan, berkata pasangan terbabit wajar dianugerahkan kerana memperlihatkan semangat muhibah melalui tindakan mereka membantu antara satu sama lain.

"Mereka wajar menerima anugerah ini kerana juri mengiktiraf dan menghargai usaha berani membantu orang lain yang kesusahan.

"Mereka bertindak sedemikian tanpa mengharapkan sebarang pengiktirafan mahupun ganjaran. Amirul dan Nur Syarina mempamerkan semangat muhibah yang kami ingin teladani dan galakkan," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MACROKIOSK, Datuk Kenny Goh, pula berkata juri mengagumi tindakan pasangan terbabit yang tidak mementingkan diri, selain menyifatkan suami isteri itu sememangnya melambangkan semangat muhibah.

"Ia sangat menggembirakan apabila berpeluang melihat inisiatif kami bersama NPC ini membantu membangkitkan semangat muhibah. Perbuatan mulia seperti dilakukan Amirul dan Nur Syarina sungguh menginspirasikan.

"Kami berharap anugerah ini akan terus memberi inspirasi kepada orang lain serta memberi impak kepada generasi akan datang untuk terus menyemai semangat muhibah sebagai gaya hidup kita di Malaysia," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sempena-keberanian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.175769 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list