CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1052|Reply: 0

[Johor] 100,000 veteran ATM tidak berpencen digesa mendaftar dalam persatuan

[Copy link]
Post time 2-9-2023 03:30 PM | Show all posts |Read mode

ADLY ZAHARI beramah mesra dengan veteran ATM pada Program Bual Bicara Pemimpin bersama Veteran ATM, di Pejabat Veteran ATM, Muar hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

MUAR – Kira-kira 100,000 anggota tentera yang berhenti tanpa pencen digesa mendaftarkan diri dengan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di kawasan penempatan masing-masing bagi memudahkan urusan kebajikan dan pentadbiran dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, antara sebab utama kenapa kumpulan ini perlu mendaftarkan diri sebagai ahli PVATM adalah kerana mahu melibatkan meraka dalam kerjaya kedua selepas berhenti daripada perkhidmatan seperti yang dirancang oleh Kementerian Pertahanan.

Katanya, pendaftaran juga perlu bagi memudahkan setiap persatuan Veteran ATM mengemas kini data masing-masing agar semua aspek kebajikan yang disediakan oleh JHEV dapat disalurkan khususnya veteran ATM warga emas atau menghidap penyakit kronik.

“Kerjaya kedua yang disediakan kepada veteran sama ada berpencen terbahagi kepada dua iaitu Usahawan Bermajikan dan Usahawan Perniagaan.

“Bagi Usahawan Bermajikan, antara syarikat GLC dan GLIC yang terlibat dalam pakej ini adalah Renjer Hutan, Petronas dan TTNB.

“Bagaimana pun, Usahawan Perniagaan merupakan pilihan terbanyak daripada veteran kerana kecenderungan kumpulan ini untuk tidak lagi terlibat dalam kerjaya bermajikan,” katanya.

Adly berkata demikian kepada media selepas hadir dalam Majlis Ramah Mesra bersama Veteran ATM di Pejabat PVATM, Muar hari ini.

Yang turut hadir adalah Pengerusi PVATM Malaysia, Kapten (B) Datuk Sharuddin Omar dan Ketua PVATM Muar, Samsudin Rais.

Dalam pada itu, Adly berkata, semua perkara berkaitan kebajikan warga veteran ATM ini sentiasa dalam perhatian pihaknya samada dari sudut kesihatan, kebajikan serta perumahan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ar-dalam-persatuan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.599906 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list