CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1961|Reply: 0

[Perak] Peniaga Ipoh Night Market terima RM1,000 dari kerajaan negeri Perak

[Copy link]
Post time 4-9-2023 11:37 AM | Show all posts |Read mode

Saarani (dua, kiri) meninjau Ipoh Night Market yang dilanda ribut baru-baru ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Kerajaan negeri Perak memberi sumbangan wang ihsan bernilai RM1,000 kepada 36 peniaga yang terjejas akibat ribut di Ipoh Night Market baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bantuan tersebut dihulurkan kerajaan negeri bagi membolehkan para peniaga berkenaan untuk memulakan kembali perniagaan masing-masing.

“Pada hari berkenaan juga mereka telah membuat persiapan untuk menjual barangan dengan bilangan yang lebih besar kerana menjangkakan Malam Ambang Merdeka tetapi sebaliknya berlaku iaitu mengalami kerugian.

“Kita harap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk bangkit semula dengan perniagaan masing-masing,” katanya selepas melawat lokasi ribut di Ipoh Night Market di sini semalam.

Menurutnya, peniaga-peniaga yang terjejas boleh memohon bantuan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) atau Skim Pinjaman Mikrokredit Yayasan Perak.

“Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) akan membantu peniaga terjejas yang memerlukan bantuan. Kita akan cuba memberi cadangan dan sokongan kuat jika mereka perlu membuat pinjaman tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ajaan-negeri-perak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.095121 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list