CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1856|Reply: 0

[Selangor] 20 minit pujuk wanita cuba cederakan diri dalam tandas

[Copy link]
Post time 4-9-2023 01:08 PM | Show all posts |Read mode

Seorang wanita berjaya diselamatkan bomba selepas cuba membunuh diri menggunakan pisau pemotomg daging di Sekinchan, Sabak Bernam.

SABAK BERNAM – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa seorang wanita daripada cuba mencederakan diri sendiri di dalam bilik air rumahnya di Parit 7, Belah Laut di Sekinchan, hari ini.

Wanita berusia 25 tahun itu diselamatkan tanpa sebarang kecederaan selepas proses memujuk memakan masa kira-kira 20 minit.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, maklumat awal mendapati wanita tersebut dikatakan mengalami masalah emosi dan kemurungan.

Enam pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 7.57 pagi.

“Wanita itu yang juga penganggur cuba mencederakan dirinya dengan pisau pemotong daging.

“Kita mengambil masa selama 20 minit untuk memujuk mangsa yang dikatakan kerap mengalami kemurungan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa berjaya dibawa keluar dari bilik air dalam keadaan selamat dengan pemeriksaan mendapati wanita itu dalam keletihan. Wanita itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -diri-dalam-tandas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.129719 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list