CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1860|Reply: 0

[Perak] Pekerja tertimbus kuari batu kapur runtuh

[Copy link]
Post time 5-9-2023 02:50 PM | Show all posts |Read mode

Pasukan penyelamat memeriksa kawasan kuari batu kapur yang runtuh menyebabkan seorang pekerja asing tertimbus, di Keramat Pulai, Simpang Pulai, hari ini. Foto ihsan JBPM

IPOH: Polis mengesahkan berlaku insiden runtuhan kuari batu kapur di Keramat Pulai, Simpang Pulai, di sini hari ini yang mengakibatkan seorang individu dipercayai pekerja warga asing di kuari berkenaan tertimbus.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai insiden jam 10.45 pagi itu tadi, memaklumkan mangsa yang tertimbus dipercayai pekerja lelaki warga asing.

Bagaimanapun beliau berkata, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa masih hidup atau sebaliknya.

"Polis sudah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan agensi-agensi lain yang berkaitan di lokasi runtuhan batu berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini


Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata, kerja membawa keluar mangsa dihentikan sementara berikutan masih terdapat pergerakan batu yang jatuh dari tebing yang runtuh.

"Usaha oleh pihak JBPM sudah dilaksanakan tetapi tangan mangsa masih tersangkut di bawah jentera dan belum dapat dikeluarkan. Justeru kerja-kerja membawa keluar mangsa dihentikan sementara," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-batu-kapur-runtuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.565734 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list