CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3185|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bekas suami buat hal, wanita kini diburu along

[Copy link]
Post time 7-9-2023 01:04 PM | Show all posts |Read mode

CHIN Tsai (kiri) bersama Wai Leng (kanan) menunjukkan laporan polis dan ugutan along. FOTO Azrul Edham.

Seremban: Seorang ejen insurans dan keluarganya kini dalam ketakutan apabila individu disyaki along mengganggu mereka dipercayai akibat bekas suami yang tidak melunaskan pinjaman.

Lebih menakutkan, wanita itu menerima surat layang di alamat rumahnya di Rasah Kemayan, di sini, yang berisi gambar bekas suaminya yang tertulis perkataan 'scammer', kelmarin.

Lo Wai Leng, 51, berkata, dia sudah bercerai dengan lelaki berusia 51 tahun itu sejak 24 tahun lalu dan tidak lagi berhubung dengannya.

"Dua minggu lalu, saya menerima panggilan daripada seorang individu yang bertanyakan nama dan hubungan saya dengan bekas suami. Lelaki itu juga bertanya sama ada ada berhubung dengan suami.

"Dalam masa sama, individu dipercayai along itu turut menghubungi anak saya yang berusia 24 tahun. Namun, anak tidak menjawab panggilan, bagaimanapun, lelaki itu menghubungi melalui WhatsApp," katanya ketika ditemui, hari ini.

Wai Leng berkata, dia hairan bagaimana pihak disyaki along itu memperoleh nombor telefon dia dan anaknya, malah mengetaui alamat rumahnya sedangkan mereka sudah tidak berhubung selama lebih 20 tahun.

"Apa yang membimbangkan, along berkenaan tahu lokasi rumahnya saya dan menghantar surat. Pada surat itu turut tertera nombor telefon.

"Nombor telefon yang sama turut menghubungi ibu saya, namun ibu tidak menjawabnya. Saya syak ini perbuatan along yang tidak berpuas hati kerana bekas suami tidak membayar pinjamannya.

"Saya takut mereka kacau ibu kerana dia sudah berusia dan mempunyai Parkinson serta 'anxiety'. Sejak dari kejadian terima surat ini, ibu saya tidak boleh tidur pada waktu malam," katanya.

Wai Leng berkata, susulan kejadian itu dia membuat laporan polis di Balai Seremban, kira-kira jam 5.45 petang kelmarin kerana khuatir akan keselamatan dirinya dan mendapatkan bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang, Ng Chin Tsai.

Sementara itu, Chin Tsai berkata, peminjam mungkin meletakkan nama dan nombor telefon mangsa sebagai orang untuk dihubungi.

"Keluarga wanita ini tidak tahu menahu mengenai jumlah pinjaman, tarikh pinjaman dibuat dan butiran lain. Mereka menjadi mangsa keadaan, jadi saya minta ahlong supaya jangan ganggu mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-kini-diburu-along

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.393060 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list