View: 2494|Reply: 7
|
‘Hari-Hari Tambang Feri RM5, Sakitlah Macam Ini’
[Copy link]
|
|
George Town: Para pengguna terutama penunggang motosikal menyifatkan kadar tambang feri Pulau Pinang baharu agak mahal kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan tersebut setiap hari.
Ini berikutan kadar tambang yang dikenakan adalah RM2.50 bagi sehala, manakala RM5 sekiranya berulang-alik antara terminal di Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di George Town dan Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth.
Seorang penunggang motosikal, Lee Teik Keat, 75, berkata, dia berharap syarikat pengendali feri iaitu Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) mengkaji semula kadar tambang bagi perkhidmatan itu kerana dilihat terlalu tinggi.
PENUNGGANG motosikal menyifatkan kadar tambang feri Pulau Pinang baharu terlalu mahal.
“Saya merupakan pekerja kontrak dengan pendapatan RM1,500 sebulan dan saya perlu berulang-alik dari Tanah Besar ke pulau dengan menggunakan feri setiap hari.
“Jadi jumlah RM5 sehari untuk menggunakan feri agak mahal untuk saya, jadi saya berharap syarikat pengendali feri dapat mengkaji semula kadar tambang ini,’’ katanya ketika ditemui di PRTU di sini semalam.
Sebelum ini, PPSB selaku syarikat pengendali perkhidmatan tersebut memaklumkan kadar tambang untuk perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang dikenakan kepada penumpang bermula pada harga RM1 hingga RM2.50 bagi sehala.
Tambang RM1 itu akan dikenakan kepada individu atau pejalan kaki yang berusia 12 tahun ke bawah, manakala penumpang dewasa atau individu berusia 12 tahun ke atas pula tambang sebanyak RM2 akan dikenakan terhadap mereka.
Selain itu, penunggang basikal yang menaiki feri juga akan dikenakan caj sebanyak RM2, manakala penunggang motosikal pula perlu membayar tambang sebanyak RM2.50 sehala.
Seorang lagi penunggang motosikal, Syazwi Iqbar, 22, pula berkata, kadar tambang RM2.50 sehala itu dilihat agak mahal terutama bagi mereka yang berulang-alik setiap hari.
“Sebelum ini hanya RM2 dikenakan untuk perjalanan pergi dan balik, tetapi sekarang menjadi RM5 untuk perjalanan pergi dan balik,” jelasnya yang sering berulang-alik bekerja.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
apersal tak lalu jambatan? free jer kot |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia tak cas macam tu, cmne nak pusing modal. Paling tidak patut buat pas bulanan untuk daily user |
|
|
|
|
|
|
|
kannn...kang tenggelam, kata x buat maintenance la apa la
|
|
|
|
|
|
|
|
Kt kl ni kitorg masuk smart tunnel x brp km pun dh kna caj rm3, karang jln dpn sket tol lg....nk isi minyak lg, byr parking lg....ok la tu rm5 pg balik |
|
|
|
|
|
|
|
Rokok, vape boleh beli pulak walau jarga Yahudi |
|
|
|
|
|
|
|
Dah murah lah tu. Berenang lah kalau nak free. |
|
|
|
|
|
|
|
yang complain tu hisap rokok x?
bab itu sentiasa berduit kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|