View: 1169|Reply: 0
|
[Johor]
PRK: Dua beradik tiga kali undi sejak tahun lalu
[Copy link]
|
|
PABITRAWINI (kiri), dan Keiswini selesai mengundi. FOTO Nur Aisyah Mazalan
Johor Bahru: Hujan lebat sejak awal pagi tadi tidak menghalang dua beradik menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, pagi ini.
L Keiswini, 24, dan adiknya, L Pavitrawini, 22, hadir ke Pusat Mengundi Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, sejak 9.50 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.
Pavitrawini berkata, mereka tidak mahu terlepas peluang menjalankan tanggungjawab mengundi dan terbabit dalam proses demokrasi negara.
"Sebenarnya ini kali ketiga saya dan kakak, mengundi dalam tempoh dua tahun. Saya mula mengundi pada usia 18 tahun dan kakak pula ketika berusia 20 tahun.
"Saya dan kakak mula mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac tahun lalu diikuti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu dan PRK Parlimen Pulai, hari ini
"Saya dan kakak hadir mengundi bagi menepis dakwaan menyatakan golongan muda tidak berminat mengundi dan terbabit dalam proses demokrasi negara.
"Malah kami selalu juga berbincang mengenai keadaan politik negara bersama rakan-rakan seusia dan mengikuti perkembangan menerusi media sosial," katanya selepas selesai mengundi di SMK Taman Bukit Indah, di sini.
Turut sama mengundi adalah rakan mereka, Ng Ying Zin, 20.
Dalam pada itu, Keiswini berkata, beliau berharap golongan muda keluar mengundi beramai-ramai bagi melaksanakan tanggungjawab mereka.
"Sayang jika kita mensia-siakan hak kita orang muda untuk mengundi kerana ia penting supaya suara golongan kita didengari dan terbabit dalam proses demokrasi negara.
"Beberapa kawan seusia kami juga ada memaklumkan akan pulang mengundi walaupun sedang belajar di negeri lain namun ada juga rakan yang enggan pulang kerana merasakan ia tidak penting," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-sejak-tahun-lalu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|