|
MUHAMMAD NUR AIZAT melunaskan tanggungjawab mengundi di SJKC Pei Chai, Muar, Johor, hari ini. -foto oleh SHIDDIEQIIN ZON
MUAR – Seorang pengantin lelaki tetap menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dekat sini meskipun sedang meraikan majlis perkahwinannya bersama isteri tercinta.
Muhammad Nur Aizat Fuad, 25, hadir ditemani ibunya, Fauziah Pader, 47, yang juga mengundi di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Chai, Jalan Bakri.
Menurutnya, dia dan ibunya, bergegas keluar ke pusat mengundi sebaik sahaja majlis akad nikah selesai dijalankan di Batu Empat, Jalan Bakri pada pukul 9.30 pagi tadi.
“Saya dan ibu memang bergegas keluar tadi kerana kami tetap mahu mengundi, semua sanak-saudara masih ada di majlis kerana selepas ini acara bersanding pula akan berlangsung pada pukul 1.30 tengah hari.
“Isteri saya, Nurul Nafisah Mohamed Azizi, 20, juga keluar mengundi di pusat pengundian di Batu Enam, kami terpaksa keluar berasingan kerana mahu cepat,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat mengundi SJKC Pei Chai, tadi.
Mengulas lanjut dia yang bekerja sebagai juruteknik memberitahu, dia dan isterinya telah membuat perancangan awal untuk membolehkan kedua-duanya keluar mengundi tanpa menganggu perjalanan majlis.
“Perasaan mengundi kali ini memang berbeza, selain memakai inai merah saya juga ada ‘inai’ biru di jari.Balik (ke rumah) ini memang saya kena terus bersiap-siap untuk bersanding,”katanya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... is-keluar-mengundi/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|