CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 934|Reply: 0

[Negeri Sembilan] KPM akan keluarkan garis panduan kes buli

[Copy link]
Post time 9-9-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode

Fadhlina (tengah) bercakap kepada pemberita semasa sidang media pada Seminar Pendidikan Madani Memartabat 'Karamah Insani' Membangun Generasi Madani di Dewan Kuliah Utama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). FOTO BERNAMA

Nilai: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan satu garis panduan berkaitan kegiatan buli di sekolah sebagai langkah menangani kegiatan berkenaan.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata KPM tidak berkompromi dengan sebarang tindakan atau aktiviti buli kerana sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk setiap murid.

"Kita (KPM) tidak berkompromi dalam soal kes buli. Satu garis panduan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi yang akan ada beberapa perkara yang kita sentuh termasuk buli siber.

"Hakikatnya, kita tidak boleh terima aktiviti buli ini dilakukan oleh anak-anak kita di sekolah," katanya berucap merasmikan Seminar Pendidikan Madani 2023 bertemakan Memartabatkan Karamah Insaniah dan Membangun Generasi Madani di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, hari ini.

Seminar anjuran Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) dengan kerjasama USIM.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sharfuddin Ali Hussin, Timbalan Naib Cancelor USIM Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim dan Presiden KONGRES Jasni Md Kechik.

Fadhlina berkata, pihaknya turut menzahirkan komitmen terhadap isu jenayah seksual dan perkauman di sekolah.

"Kita tidak boleh bagi muka perkara ini (jenayah seksual), perkauman berlaku di sekolah walaupun isu perkauman ini datang setahun sekali atau setiap kali menjelang pilihan raya," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata KPM tidak akan mengenepikan kesatuan guru di negara ini sebagai salah satu saluran bagi menyampaikan dasar dan maklumat kementerian ke peringkat akar umbi.

Menurutnya, pembabitan mereka penting kerana ahli kesatuan dan guru adalah pelaksana dan pendukung dalam menentukan kejayaan sesuatu dasar baharu pendidikan negara.

"Teras kami yang pertama adalah untuk memastikan komunikasi akan sampai dan KONGRES akan sentiasa menyambut agenda kementerian," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Fadlina menegaskan bahawa pihaknya menyambut baik penganjuran seminar berkenaan kerana ia bertujuan untuk mengangkat darjat manusia khususnya dalam memberikan akses pendidikan kepada anak-anak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... is-panduan-kes-buli

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.699677 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list