View: 891|Reply: 1
|
[Wilayah Persekutuan]
Ibu bapa rugi RM250,000 akibat skim pelaburan hartanah
[Copy link]
|
|
Nurul meluahkan rasa ralatnya selepas arwah ayah serta ibunya ditipu skim pelaburan hartanah sebanyak RM250,000 sejak tahun 2020.
KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga emas ‘berputih mata’ selepas wang berjumlah RM250,000 hangus selepas mereka menyertai satu skim pelaburan hartanah yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.
Anak pasangan terbabit, Nurul, 32, yang berasal dari Muar Johor, berkata, wang yang digunakan oleh ibu bapanya adalah hasil pinjaman peribadi bank iaitu sebanyak RM46,000 dan wang pencen mereka berdua, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Pada tahun 2020, wakil syarikat hartanah, ‘lot chalet’ telah meyakinkan arwah ayah saya untuk menyertai pelaburan ini yang mana pelaburan ini menjanjikan dalam jangka masa setahun akan dapat dividen sebanyak lapan kali.
“Arwah ayah terima dividen sebanyak tiga kali sahaja sebelum syarikat berdiam diri dan tidak membayar dividen yang seterusnya. Bagaimanapun, wakil syarikat tersebut sekali lagi meyakinkan ayah untuk tambah pelaburan dengan membuat pinjaman peribadi.
“Disebabkan ‘janji manis’ syarikat serta bayaran dividen yang diterima, ibu pula turut menyertai pelaburan terbabit bagi pihak anak-anak. Saya pun tidak tahu secara lebih terperinci namun nilai keseluruhan pelaburan adalah RM250,000,” katanya ketika sidang akhbar di Nasken Coffee, di sini, hari ini.
Nurul yang hadir sebagai wakil ibu bapanya berkata, ayahnya telah meninggal dunia tahun lalu dan mengambil peluang ini untuk memperjuangkan hak bagi mendapatkan semula duit yang telah dilaburkan.
Tambahnya, syarikat tersebut juga tidak mempunyai sebarang perjanjian bertulis untuk ditandatangani bagi skim pelaburan berkenaan.
“Mereka minta wakil hadir ke pejabat dan hanya suruh wakil untuk tandatangan surat akuan yang merujuk kepada Memorandum Perjanjian.
“Memorandum tersebut tidak diberikan kepada peserta, hanya dibacakan malah salinan dokumen juga langsung tidak diberikan. Itu adalah arahan yang diberikan kepada kakitangan syarikat mereka,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! hari ini.
Sehubungan itu, dia juga meluahkan rasa ralat ekoran amaun yang telah dikeluarkan oleh ibu bapanya bukanlah jumlah yang sedikit.
“Sepatutnya bayaran dividen adalah sebanyak lapan kali namun hanya diberikan tiga kali sahaja. Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), syarikat memang terus berdiam diri tanpa khabar berita.
“Kami sekeluarga memang tidak dapat berhubung langsung dengan syarikat pelaburan berkenaan namun ada berhubung dengan wakil syarikat yang mendakwa dirinya juga ditipu,” katanya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... pelaburan-hartanah/ |
|
|
|
|
|
|
|
Fokus pada perdagangan yang baik dan benar, dengan mempelajari dan memahami pasar serta menerapkan strategi yang konsisten, daripada sekadar mencari uang dengan cara yang tidak terarah, akan membantu untuk memperoleh hasil yang lebih baik dalam jangka panjang. Saya guna AMarkets, it have so many tools! Tahu tak deposit $100 je min.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|