View: 3729|Reply: 0
|
[Kelantan]
Jalan rosak, 67 pelajar Orang Asli tak dapat ke sekolah
[Copy link]
|
|
Unit Udara JBPM mengambil pesakit kanak-kanak Orang Asli di Kampung Bihai Lama, Pos Bihai untuk dihantar ke hospital. FOTO Ihsan JBPM
Gua Musang: Seramai 67 pelajar Orang Asli dari Pos Gob tidak dapat ke sekolah bermula Ahad lalu kerana tidak boleh keluar dari kawasan penempatan mereka, akibat jalan rosak.
Penduduk mendakwa, hujan yang kerap pada petang menyebabkan jalan ke kampung itu rosak teruk dan ada jambatan kayu yang runtuh kerana sudah reput.
Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Aman Angah, 32, pelajar dari tiga sekolah di bandar ini tidak dapat meneruskan sesi pembelajaran kerana tidak dapat keluar dari pos terbabit.
Katanya, terdapat jambatan yang diperbuat daripada kayu iaitu jambatan Sungai Pelat dan Sungai Bercap tidak dapat dilalui kerana rosak teruk dan runtuh.
"Seramai 67 murid dan pelajar ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggong Jaya dan SMK Tengku Indra Petra 1.
"Sudah seminggu mereka tidak boleh pergi ke sekolah kerana masalah jalan yang rosak teruk terutama apabila hujan lebat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, penduduk menggesa pihak berwajib supaya dapat menyiapkan jambatan dan menaik taraf jalan seperti dijanjikan.
"Kami dijanjikan dengan projek membina tujuh jambatan besi keluli, namun sehingga kini hanya dua yang siap. Jika keadaan ini berterusan, kami bimbang akan menjejaskan pelajaran anak-anak Orang Asli di pos ini.
"Tindakan sesetengah pihak atau peminat sukan lasak juga turut menyebabkan jambatan dan jalan mengalami kerosakan teruk terutama pada musim hujan," katanya.
Bagi Penghulu Pos Gob, Liman Alang, dia berharap jambatan dan jalan ke pos terbabit dapat disiapkan sebelum musim tengkujuh.
"Apabila jalan rosak lagi susah kami nak keluar ke Bandar Gua Musang untuk mendapatkan bekalan makanan.
"Nak harapkan hasil tanaman seperti ubi kayu dan pisang banyak yang dimusnahkan oleh gajah liar. Saya harap masalah ini dapat diselesaikan sebelum musim tengkujuh tiba," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-dapat-ke-sekolah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|