CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4669|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Ayah tak 'sweet', tapi bunga itu kenangan terakhir kami

[Copy link]
Post time 10-9-2023 04:35 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR kenangan Abdurrahman bersama bapanya, Kunyu dan ibunya, Zaiton. FOTO Ihsan Abdurrahman Kunyu

Kuala Lumpur: "Ayah bukan seorang yang sweet tapi dia hadiahkan bunga untuk saya pada hari konvokesyen lalu.

"Sedih pula apabila mengenangkan itu bunga terakhir pemberiannya," luah Abdurrahman Kunyu.

Abdurrahman, 25, kematian bapa tercinta, Kunyu Mohamed, pada 27 Ogos lalu akibat serangan jantung.

Lebih menyedihkan, Abdurrahman kehilangan bapanya hampir tiga minggu selepas hadir ke Istiadat Konvokesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam sempena tamat pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikassi Massa (Kewartawanan)

Berkongsi kisahnya, Abdurrahman berkata, bapanya kurang sihat sebelum hadir ke majlis konvokesyen dan pada awalnya enggan datang namun berubah fikiran selepas dipujuk.

"Ikutkan, saya pun berat hati nak datang (majlis konvokesyen) kalau ayah tiada bersama kerana tak semangat jika dia (ayah) tak hadir.

"Bagaimanapun, saya pergi juga selepas ayah setuju nak datang walaupun mulanya dia (ayah) macam tak nak masuk ke dalam dewan.

"Pada hari sama juga, kami sempat ambil gambar bersama malah ayah belikan saya jambangan bunga segar sebagai hadiah," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Selepas bapanya meninggal dunia, Abdurrahman tidak berasa untuk menyimpan jambangan bunga berkenaan.

"Jadi, saya letak semula bunga itu di atas pusara ayah sebagai kenangan.

"Walaupun bunga itu akan layu juga tapi biarlah ia berada atas pusara ayah sebagai simbolik kenangan terakhir antara kami.

"Sekurang-kurangnya apabila datang ziarah, saya dapat tengok bunga itu," katanya.


ABDURRAHMAN menyiram pusara arwah bapanya. FOTO Ihsan Abdurrahman Kunyu

Sejak pemergian bapa tercinta, Abdurrahman mengakui hidupnya berasa kosong walaupun masih ada ibu, Zaiton Baputey, 58, dan adik-beradik lain.

Bagi melepaskan rindu, Abdurrahman berkongsi video gambar kenangan sewaktu majlis konvokesyen lalu dan detik ketika meletakkan bunga di atas pusara bapanya.

"Saya seorang yang sangat menghargai memori jadi perkongsian di TikTok bertujuan untuk beritahu yang bunga itu adalah pemberian terakhir ayah dan tanda kasih sayangnya yang tiada tandingan.

"Di luar sana, mungkin ada yang mempunyai masalah hubungan dengan ibu bapa jadi video itu diharap menjentik hati mereka untuk hargai orang tua selagi ada.

"Kini, saya juga faham erti kehilangan bapa dan berasa kosong tanpa ayah kerana sudah hilang satu doa yang berkat, doa yang tiada hijab.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana ramai pengikut dan yang menonton video dikongsikan ucap takziah serta mendoakan ayah walaupun tak kenal," katanya yang mengharapkan bapanya ditempatkan dalam kalangan yang beriman.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... angan-terakhir-kami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.044834 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list